Thursday, December 23, 2010

Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Kepada adik-adik yang kurang cemerlang pula jangan bersusah hati, masih banyak peluang di hadapan sana. Tingkatkan usaha dan perkemaskan strategi. Selamat menjejak kaki ke tingkatan 4 tahun 2011!

Wednesday, December 08, 2010

Karya Ezee Rahmani di tahun 2010


Inilah buku-buku saya yang terbit di tahun 2010. 4 buah kesemuanya. Semoga ianya memberi impak yang positif kepada setiap pembaca.

Wednesday, December 01, 2010

Top 50 November 2010




Ketua Bilik LA 101: Kami Hero! turut tersenarai.

Sumber: http://www.universitipts.com/

Sunday, November 28, 2010

Sepanjang 2010

Hanya tinggal sebulan sahaja lagi bagi tahun 2010 melabuhkan tirai. Sepanjang tahun 2010 ini, 4 buah buku karya Ezee Rahmani diterbitkan.

1. Aminah - Bunga Kaum Quraisy
2. Siri Sarah ke5 - Sarah dan Duit Raya
3. Siri Ketua Bilik LA 101 ke2: Kami Hero!
4. Koleksi 31 Kisah Teladan: Zikir Ikan di Lautan

Sunday, November 21, 2010

Selamat bercuti!

Selamat bercuti kepada semua pelajar-pelajar sekolah rendah,menengah dan IPT. Juga selamat bertempur kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM.

Apa rancangan cuti adik-adik? Semoga adik-adik semua bijak merancang musim cuti ini agar ia bermanfaat. Sememangnya kita semua bijak merancang, bukan? :)

Friday, November 12, 2010

Melangkah setapak lagi....

Assalamualaikum, apa khabar semua?
Semoga kita semua sihat dan sentiasa dalam kasih sayang Allah yang berkekalan. Amiin...

Keputusan peperiksaan UPSR sudah pun berada di tangan adik-adik darjah enam. Tahun hadapan adik-adik akan beralih ke suasana baharu. Adik-adik melangkah setapak lagi. Ke sekolah menengah pula. Tahniah daripada Ezee Rahmani walau apa pun keputusan yang dicapai. Adik-adik, teruskan semangat belajar dan berdamping selalu dengan kumpulan yang boleh membantu kita mengejar cita-cita selain bergelumang dengan buku-buku.

Apa cita-cita adik-adik? Walau apa pun cita-cita itu, genggam sekuat mungkin dan bisikkan selalu kepada diri sendiri supaya kita tidak lupa ke mana langkah mahu ditujui.

Kerap mengadu kepadaNya, agar Dia juga tahu betapa bersungguhnya kita dalam mengejar impian. Orang tua usah sekali-kali dilupa. Mohonlah doa mereka. InsyaAllah cita-cita yang baik, tentu sahaja dimakbulkan.

Tuesday, October 12, 2010



... "Aminah : Bunga Kaum Quraisy"..Begitulah buku yang menyebabkan saya berdiri lama dikedai itu. Hanya sebab sebuah buku hampir setengah jam saya meneliti kandungannya. Saya tekad untuk memilikinya.Alhamdulillah hampir separuh buku saya telah membaca buku ini..MasyaAllah, terasa satu semangat yang menusuk jiwa. Air mata gugur apabila membaca bait-bait ayat yang menyentuh hati..Hebatnya Aminah...Hidupnya singkat namun sentiasa duji dengan pelbagai peristiwa dan mampu menempuh dugaan hidup tanpa ada keluhan panjang.

Sabda Rasulullah S.A.W:


Allah memindah-mindahkanku daripada tulang sulbi ayah-ayah yang baik ke rahim ibu-ibu yang suci dalam keadaan suci dan terdidik. Sekiranya suatu keturunan bercabang dua, maka Allah menjadikanku berada pada cabang yang terbaik antara kedua-duanya"
(Ibnu Abbas)

http://jajawatie.blogspot.com/


EZ: KOmen daripada seorang cikgu muda tentang Aminah: Bunga Kaum Quraisy. Terima kasih saya ucapkan. Semoga semangat yang ditunjukkan oleh Bonda Aminah ini turut sama mengalir ke dalam diri kita, insya-Allah.

Friday, October 08, 2010

Diulang cetak dengan wajah baharu!


31 Kisah Teladan: Zikir Ikan Di Lautan


Inilah bukunya. Cantik tak? Alhamdulillah....
InsyaAllah, terbit tidak lama lagi. Ini ialah buku keempat saya di bawah projek 31 Kisah Teladan yang diterbitkan oleh PTS Islamika. Buku-buku sebelumnya ialah; Kisah Burung Pipit, Penghuni Langit ketujuh dan Indahnya Cinta.
Semoga Allah melapangkan hati-hati kita dalam memetik setiap teladan yang dikongsikan dan sama-sama kita amalkan.
Ya Allah, tambahkanlah kami dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Ya Allah, permudahkanlan usaha kami ini. Amiin....

Tuesday, October 05, 2010

Kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada hari Rabu ini, bermulalah perjuangan kalian. Kami doakan semoga adik-adik tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan tepat.

Hari-hari ini terakhir ini eloklah rehatkan minda dengan melihat kehijauan di luar rumah dan bukannya terus-terusan menatap buku, ya.

Paling penting, selepas berusaha ialah kita memanjatkan doa kepada Allah. Pintalah kepada-Nya apa yang adik-adik mahukan. Allah itu Maha Mendengar permintaan hamba-hambaNya. Mohon juga restu daripada ibu ayah serta guru-guru yang mengajar selama ini.

InsyaAllah, sekali lagi kami di sini turut sama menadah tangan mendoakan yang terbaik untuk adik-adik semua!

Tuesday, September 28, 2010

Kembali bertugas

Assalamualaikum saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog bicaraku-ez terutamanya kepada adik-adik yang dikasihi. Masih sempat lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin kepada kalian semua. Semoga hari-hari yang kita lalui membuat kita saling menghargai setiap anugerah yang Allah anugerahkan dengan penuh rasa syukur.
Bagi adik-adik darjah 6 tentu kini menarik nafas lega semahunya, bukan? Maklumlah peperiksaan UPSR baharu sahaja berlalu. Tentu banyak program yang diatur oleh pihak sekolah sepanjang hari-hari persekolahan ini bagi adik-adik semua. Harapan Cik Ez, adik-adik manfaatkanlah setiap peluang yang disediakan itu dengan sebaik mungkin. Bukan selalu kita dibentangkan dengan peluang sebegitu.
Bagi adik-adik di tingkatan 3 pula, tentu giat mengulangkaji pelajaran bagi menyambut kedatangan PMR. Begitulah lumrahnya hidup sebagai pelajar, kita tidak lekang dari menghadapi ujian dan peperiksaan silih berganti. Usahlah adik-adik merasa bosan ya. SEbaliknya hadapilah dengan bijaksana dan penuh kreativiti. Baharulah belajar jadi seronok.
Begitu juga dengan Cik Ez, kembali meneruskan penulisan yang tertangguh kerana lamanya bercuti. KElmarin Cik Ez menerima manuskrip daripada PTS Islamika untuk semakan terakhir sebelum diterbitkan. Insya-Allah akan diserahkan pada minggu hadapan.
Akhir kata,sama-sama kita berdoa, semoga setiap urusan kita dipermudahkan oleh Allah Taala. Rabbi yasir wala tuassir. Amiin ya Rabbil 'Alamiin....

Friday, September 03, 2010

Sunday, August 22, 2010

Bulan keberkatan

Komen Ezee Rahmani yang terakhir di kotak komen ialah pada 9hb Ogos 2010. Selepas itu saya tidak menghantar sebarang komen. Mohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, ameen....


"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan. Allah mengunjungimu di bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa. Allah melihat kamu berlumba-lumba di bulan ini dan membanggakan kamu kepada para malaikat-Nya. Maka tunjukkanlah kepada Allah perkara yang baik-baik daripada kamu kerana orang yang sengsara ialah orang yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan ini." (HR At Thabrani)

Ramadhan menjadi kerinduan setiap orang-orang beriman. Kedatangan bulan yang membuat hati-hati menjadi sebak dan terharu penuh rindu dan linangan air mata. Sebabnya tidak lain, melainkan kerana menyedari diri yang berdosa. Namun di sebalik sebak dan haru serta linangan air mata terpancar satu peluang dan harapan kerana di bulan mulia penuh barakah ini, Allah menjanjikan sesuatu. Ya. Janji Allah untuk menghapuskan dosa-dosa dan mengabulkan doa-doa yang dipohonkan kepada-Nya. Mudah-mudahan Allah SWT masih memberikan rasa nikmat ke dalam hati-hati kita sebagai anugerah terindah kerana berpeluang berada kembali di bulan Ramadhan pada tahun ini.
Bersama kita hadirkan semangat Ramadhan dengan berjemaah di masjid, qiyamullail, solat terawih, tilawah al Quran, bersedekah dan ibadah-ibadah lain. Ibadah-ibadah tersebut semakin kita perhebatkan menjelang sepuluh malam terakhir, terus memanjatkan doa dan memohon ampun kepada Allah SWT ke atas segala dosa yang kita lakukan.
Seterusnya semangat Ramadhan sama-sama kita kekalkan walau pun bulan Ramadhan berlalu pergi. Bermula dengan menjengahnya bulan Syawal, kita meneruskannya dengan puasa-puasa sunat, tilawah al Quran, menghiasi malam dengan qiyamullail dan terus menggengam kuat segala ibadah lainnya dengan penuh tanggongjawab. Semoga iman kita terus terpelihara sehingga kita diberi peluang sekali lagi menikmati limpahan rahmat dan barakah di bulan Ramadhan tahun hadapan, Insya-Allah.
Wallahu'alam.

Wednesday, August 11, 2010

Sudah dapatkan Sarah dan Duit Raya?



Shobanah
30 Jul 2010
11:44 PM
Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Novel Sarah Dan Duit Raya memang menarik. Kulit buku ini memang menarik. Sampul duit raya yang terdapat di kulit buku ini amat comel. Ianya lain daripada novel yang lain. Warna yang digunakan pun amat sesuai dengan novel ini. Ianya bersesuaian dengan novel ini yang berkaitan dengan bulan puasa dan raya.

Dari segi jalan cerita, memang ianya amat menarik. Novel ini berkaitan dengan bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi. Oleh itu, novel ini memang sesuai untuk dibaca pada waktu yang terdekat. Novel ini kelakar dan lucu. Pertama sekali, adegan yang lucu ialah ketika Amin terjatuh di masjid. Amin tergelincir lalu terjatuh. Selain itu, adegan yang sedih ialah ketika Sarah dan keluarganya pulang dari kampung untuk pulang ke rumah. Masing- masing sedih kerana terpaksa pulang ke rumah, terutamanya Amin yang rindu akan Nabil.

Novel ini banyak pengajarannya. Antaranya ialah menghayati bulan puasa. Sarah dan keluarganya Mneyibukkan diri mereka pada waktu malam dengan ke surau atau masjid. Mereka tidak bersikap seperti sestengah orang yang hanya makan sahaja apabila tiba waktu berbuka. Sikap mereka wajar dicontohi. Di samping itu, kita harus mencontohi sikap Sarah dan Amin yang mendermakan duit raya merek kepada warga yang memerlukannya. Sikap ini sukar dicari pada zaman sekarang. Pada zaman sekarang, remaja menggunakan duit raya mereka untuk membeli barang- barang yang tidak berfaedah.

Novel Sarah Dan Duit Raya memang menarik. Sikap- sikap Sarah dan keluarganya wajar dicontohi.



Adlina
21 May 2010
9:29 AM

Ulasan isi kandungan/jalan cerita
cerita sarah amat menarik minat saya.Dulu saya tidak suka membaca novel.Apabila saya membaca buku Sarah& kasut tumit tinggi,saya menykai jln critanya. Terima Kasih krna disebabkan isi kndugn ini menarik minat sy dlm membaca novel.



Hanan Fareeha
08 May 2010
10:29 PM

Ulasan isi kandungan/jalan cerita
Buku karya Ezee Rahmani memang sesuatu yang saya rasa best dan kadang kala lucu.Jalan cerita yang menarik membuatkan saya tertarik dengan novel Sarah dan saya berharap kak Ezee terus berusaha menerbitkan buku Sarah.

Sumber dipetik dari http://pts.com.my/index.php/buku/sarah-dan-duit-raya/

p/s Terima kasih diucapkan kepada semua peminat siri Sarah. Semoga adik-adik semua terus mengikuti perkembangan siri ini, ya. Cik Ez ucapkan selamat berpuasa :)

Thursday, August 05, 2010

Ramadhan Kareem

Saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pengunjung blog bicaraku-ez. Semoga Ramadhan kali ini lebih indah, lebih bermakna, lebih terkesan dan lebih baik. Sama-sama kita tingkatkan mutu ibadah kita di sepanjang bulan mulia ini yang sudah tentunya diganjari pahala berlipat ganda.
Mudah-mudahan, amalan indah di bulan penuh barakah ini terus kekal dan hidup dalam diri kita sehingga ke akhir hayat. Amiin....

Friday, July 23, 2010

Siapa anak soleh solehah?

“Mari kita berteduh di gua itu!” jerit seorang pemuda kepada kawan-kawannya. Mereka adalah tiga sahabat pengembara yang terperangkap dalam hujan lebat ketika menuju ke suatu tempat.
“Lihat! Di sana ada sebuah gua!” tunjuk pemuda pertama apabila terpandang ke arah sebuah gua di kawasan berbukit tidak jauh daripada tempat mereka berdiri.
Berlarilah mereka masuk ke dalam gua itu merempuh hujan yang semakin mencurah. Hujan lebat turun bersama angin kuat. Mereka bertiga hanya mampu melihat pokok-pokok di sekitar melentuk liuk di tiup angin kencang dan hujan lebat. Beberapa batang pokok tumbang. Hujan semakin lebat.
Gua tempat mereka berlindung dari hujan lebat dan angin kencang itu hanya mampu memuatkan mereka bertiga. “Alhamdulillah, kita bertiga dapat berlindung di dalam gua ini sehingga hujan berhenti.”
“Angin bertiup semakin kencang. Pokok-pokok pun ada yang tumbang!”
Seketika kemudian dengan tidak disangka-sangka sebuah batu dari atas bukit jatuh tepat di hadapan lubang masuk ke gua. Batu besar itu menutup pintu gua. Keadaan menjadi gelap dan mereka bertiga saling terkedu. Kedengaran hujan masih lebat mencurah di luar.
“Kita terperangkap!” jerit pemuda kedua. “Batu ini sungguh besar!”
Mereka terperangkap di dalam gua. Batu besar menjadi penutup lubang gua dan menghalang mereka meninjau perkembangan di luar apatah lagi bagi mencelah keluar. Mereka duduk berfikir cara melepaskan diri sehingga bunyi hujan tidak kedengaran lagi.
“Hujan sudah berhenti. Mari kita tolak batu ini!” cadang salah seorang daripada mereka.
Ketiga-tiga pemuda berusaha menolak batu besar yang menutup lubang gua. Mereka menolak sekuat tenaga namun batu besar itu langsung tidak berganjak. Akhirnya mereka tersandar di batu besar keletihan.
“Batu ini terlalu besar dan berat. Tenaga kita bertiga pun tidak terdaya menolaknya,” suara keluhan mula kedengaran di kalangan mereka.
“Marilah kita berdoa kepada Allah. Jangan kita berputus asa,” Pemuda pertama menoleh kepada kawan-kawannya dan mereka saling berpandangan.
Mereka diam buat seketika dalam suasana kelam tanpa cahaya itu. Sekali lagi mereka berfikir cara melepaskan diri dari gua itu. Selepas lama diam mereka kembali berpandangan.
“Apa ikhtiar kita sekarang?”
“Kita tidak mungkin terdaya menolak batu itu walaupun bertiga.”
“Memang benar. Apa lagi kekuatan yang kita ada?”
Ketiga-tiga mereka tersandar di batu besar. Letih dan penat selepas mencuba berulang kali menolaknya. “Mari kita sebutkan amalan terbaik yang pernah kita lakukan. Mudah-mudahan dengan menyebut kebaikan yang kita pernah lakukan itu, Allah mengeluarkan kita dari gua ini.”
“Ya. Itu sahaja ikhtiar kita.”
Ketiga-tiga pemuda itu lalu berdoa dan menyatakan kebaikan masing-masing. Dimulai oleh pemuda pertama. Dia menadah tangan lalu menyebut kebaikan yang dianggapnya terbaik pernah dilakukan. Beliau memohon sepenuh harapan kepada Allah supaya membebaskan mereka dari terus terperangkap di dalam gua itu. Selesai sahaja pemuda pertama bercerita, batu besar yang menutup pintu gua itu berganjak.
“Lihat! Batu besar itu bergerak!” jerit pemuda kedua dan ketiga.
Pemuda pertama memeriksa ruang yang terbuka itu. “Masih tidak dapat melepasi badan kita.”
“Biarlah saya pula berdoa dan menyatakan satu kebaikan yang pernah saya lakukan.” Pemuda kedua pula menadah tangan menyebut kebaikannya. Habis dia berdoa, sekali lagi mereka dapati batu besar di pintu gua berganjak.
“Alhamdulillah! Batu besar itu berganjak lagi!” ujar pemuda kedua
“Tetapi masih belum melepasi badan kita,” kata pemuda pertama pula apabila cubaannya menyelit keluar di mulut gua gagal.
Ia memberi semangat pula kepada pemuda ketiga bagi memanjatkan doanya bersama menyebut kebaikan terbaik yang pernah dilakukan sepanjang usianya. “Kini giliran saya pula! Mudah-mudahan kita terlepas dari ujian ini.”
Pemuda ketiga menadahkan tangannya memulakan pula menyebut suatu kisah. Manakala kedua-dua temannya itu turut mendengar dan mengharap biarlah kali ini pintu gua terbuka luas dan mereka dapat keluar.
“Saya hanyalah seorang penggembala kambing dan mempunyai ibu dan ayah yang tua bersama beberapa orang anak. Setiap kali pulang dari menggembala, susu kambing yang saya bawa pulang saya berikan kepada ibu dan ayah terlebih dahulu. Selepas itu barulah kepada anak-anak. Suatu hari saya pulang lewat dan kedua mereka sudah tidur. Sepanjang malam saya memegang bekas susu dan menunggu mereka bangun sedangkan semasa itu anak-anak saya menangis kerana lapar susu. Saya tidak sanggup memberikan kepada mereka sebelum ibu dan ayah yang terlena kerana lapar didahulukan.”
Sebaik sahaja habis bercerita, batu besar di lubang gua berganjak lagi. Kali ini ruang pintu gua terbuka luas sehingga muat bagi mereka keluar.
“Alhamdulillah! Lubang gua ini sudah dapat dilalui. Mari kita keluar!”

Petikan daripada buku Penghuni Langit ketujuh. Terbitan PTS Islamika.Buku ini di antara siri 31 Kisah Teladan. Ada banyak lagi judul dalam siri ini. Semuanya amat bagus dan berbaloi untuk kita mendidik jiwa dan mengelokkan akhlak.

Tuesday, July 20, 2010

Cik Ez doakan moga adik-adik semua dalam kesihatan yang memuaskan. Kebelakangan ini ramai yang demam dan batuk-batuk. Jagalah kesihatan, ya. Lagi pun tidak berapa lama lagi kita masuk ke bulan yang ditunggu-tunggu. Mulai sekaranglah kita sama-sama buat persiapan menyambutnya. Sama-sama kita rebut,gondol dan kendong segala anugerah yang diberi. Seronoknya.... tentu meriah!

Apa Cik Ez buat sekarang?
MInggu lepas Cik Ez terima manuskrip daripada PTS One bagi pruf writer. Manuskirp itu perlu disemak semula sebagai semakan terakhir sebelum masuk ke proses percetakan yang seterusnya. Hari ini, manuskrip itu Cik Ez serahkan kembali kepada pihak PTS One. Mudah-mudahan, proses seterusnya berjalan lancar, amiin....

Manuskrip apa?
Manuskirp itu ialah siri 2 kepada Ketua Bilik LA 101. Kisah-kisahnya lebih menarik! Tunggu!

Bagaimana pula dengan kesibukan adik-adik?
Kepada yang di sekolah rendah tentu semakin giat dengan persiapan menjelang UPSR. Di sekolah menengah pula samada sibuk dengan persediaan PMR atau pun SPM. Apa pun sebagai pelajar yang baik, tentu kita tidak pernah lupa memanjatkan doa kepada Allah SWT di setiap kali selesai solat supaya hati dan akal kita sentiasa diterangi dengan Nur-Nya. Insya-Allah, sama-sama kita mendoakan kejayaan yang cemerlang bukan untuk kita sahaja malah untuk semua umat Islam di mana sahaja mereka berada.

Friday, July 02, 2010

Menghitung Hari Menyambut Tetamu Istimewa

Minggu hadapan masuklah bulan Sya'ban. Sebulan kemudian Ramadhan bertamu. Bagaimana perasaan adik-adik semua menjelang bulan yang mulia ini? Tentu semua orang merindui bulan yang penuh barakah dan penuh rahmah ini, bukan? Begitu juga dengan Cik Ez. Rasa berdebar, rasa cemas, rasa tidak sabar menunggu sebulan lagi dan macam-macam rasa lagi. Rasa nak menangis pun ada.
Apa pun, sama-sama kita berdoa semoga kita diberi kesempatan berada di bulan ibadah ini sepenuhnya agar dapat kita manfaatkan segala kelebihan yang Allah sediakan istimewa hanya di bulan ini sahaja. Kita tanamkan azam supaya amalan kita di bulan Ramadhan kali ini lebih baik daripada amalan kita di tahun lepas. Solat tarawih, solat-solat sunat yang lain, bacaan al Quran, bersedekah dan semua aktiviti yang kita lakukan dari bangun pagi hingga masuk tidur, kita pastikan hanya kerana mahu mencari redha Allah semata-mata.
Mudah-mudahan latihan sebulan ini terus menjadi amalan kita di bulan-bulan berikutnya dan sehingga kita diberi sekali lagi peluang menyambut kedatangannya, insya-Allah....

Wednesday, June 09, 2010

Siapa yang Sarah kejar?

“Saya menjualkan harta dan diri ke jalan Allah kemudian saya lemah? Tidak! Tidak sekali-kali tidak!” jeritan penuh semangat pemuda tampan itu membuat bulu roma Sarah meremang, air matanya mengalir deras. Dia tidak mahu apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada pemuda tampan yang belum sempat lagi dia bertanya siapakah namanya.
Pemuda tampan itu berlalu pergi. Sarah mengejarnya dari belakang. Pemuda tampan itu melompat ke atas kudanya. Pemuda itu berusaha mengejar panglima tentera dan tentera-tentera lain yang mula bergerak ke medan perang. Sarah mula tidak keruan. Hatinya berdegup semakin kencang. Dia tidak boleh membiarkan pemuda tampan yang berjiwa besar itu berlalu pergi begitu sahaja. Mereka belum berkenalan. Dia perlu berlari sepantas mungkin bagi menyamakan langkah kaki kuda yang mula mengorak langkah. Dia tidak boleh biarkan semua ini berlalu begitu sahaja.
“Tunggu! Tunggu saya!” jeritan Sarah langsung tidak membuat pemuda tampan itu menoleh ke belakang. Sarah mula cemas. Dia tidak mahu kehilangan orang yang baharu dikenalinya itu. Dia mahu kenal lebih dekat lagi. Adakah suaranya belum cukup kuat sehingga lelaki itu tidak dengar? Sarah menarik nafas dalam-dalam dan mengumpul suara lalu menjerit sekuat hatinya.
“Tunggu saya!!!”
“Jangan tinggalkan saya!!!”
Sarah tidak terdaya lagi berlari. Dia tercelepok di tanah namun suaranya masih mampu menjerit. Dia mesti menarik perhatian pemuda itu supaya menoleh ke belakang.
“Jangan tinggalkan saya!!!”

p/s Sedikit sedutan daripada Sarah dan Duit Raya. Siapa pemuda hebat yang dikejar Sarah?

Friday, June 04, 2010

Lirik lagu

Cik Ez suka satu lirik lagu daripada Indonesia yang dijadikan lagu intro bagi sebuah drama bersiri Taubat (drama daripada Indonesia juga) yang disiarkan setiap hari jumaat pukul 3.30 petang di TV3. He he he adakah ini dikira satu promosi? Betulkah lirik ini atau ada apa-apa yang tertinggal?

'Ubat hati itu ada 5 perkara. Yang pertama, baca Quran dan maknanya. Yang kedua solat malam.... Yang ketiga berkumpullah dengan orang-orang soleh. Yang keempat berpuasa.... Yang kelima zikrullah yang berpanjangan....'

Lirik lagu ini begitu indah, mengajak manusia menyihatkan dan mengobati serta merawat hati yang selalu sahaja kita terlepas pandang. Biasanya kita lebih menitikberatkan soal fizikal dan jasmani kita sahaja. Kita pastikan penampilan kita bagus, badan kita sihat dan pantang rasa tidak sihat kita cepat-cepat jumpa doktor.

Mendekati bulan-bulan yang dirindui, mari kita sama-sama mengambil berat tentang hati kita, berikan haknya kerana hati yang baik akan menjadikan akhlak kita lebih terpuji.

Dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh anggota badannya. Sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh badannya. Seketul daging yang dimaksudkan itulah HATI. (HR Bukhari dan Muslim)

Thursday, June 03, 2010

Cuti Cuti Semester Satu!

Assalamualaikum semua!
Cuti datang lagi. Kali ini,dua minggu. Bagi adik-adik di beberapa buah negeri seperti Terengganu dan Kelantan mula bercuti pada hari Jumaat, lebih awal daripada beberapa buah negeri seperti di negeri Selangor dan Melaka. Apa pun jangan risau sebab, jumlah cuti sama sahaja.

Bagaimana dengan kerja sekolah? Cik EZ dengar ada yang cakap tidak banyak dan ada yang cakap menimbun. Itu medan perjuangan adik-adik sekarang. Cik Ez harap adik-adik banyakkan bersabar dan tingkatkan kerajinan. KEsimpulannya, mesti disiapkan semua itu, ya. Anda boleh! :)))

Tentu ramai yang merancang balik kampung, makan angin, bercuti ke mana-mana atau pun berada di rumah bersama seisi keluarga. Apa pun pengisiannya, kita tahu kita tidak melepaskan masa itu berlalu dengan sia-sia. Rugi, biarkan masa pergi begitu sahaja sedangkan kita semua tahu ia tidak akan kembali lagi. Tarikh, masa dan waktu yang berlalu itu menjadi kenangan yang tercatit dalam diari sahaja dan menjadi memoir dalam lipatan sejarah hidup kita.

Oh ya, jangan lupa dapatkan novel terbaru Cik Ez, Sarah dan Duit Raya atau Aminah Bunga Kaum Quraisy sebagai bahan bacaan musim cuti kali ini. Bagi yang sukar mendapatkan buku-buku ini boleh beli terus dari kami, emel ezeerahmani@yahoo.com

Sunday, May 30, 2010

Apa khabar?

Assalamualaikum pengunjung blog bicaraku-ez sekalian, semoga semuanya sihat dan ceria di samping yang tersayang. Bersama limpahan barakah dan rahmat dari sisi Allah SWT. Itulah harapan dan doa kita setiap ketika, bukan?

Cik ez memanjatkan setinggi rasa syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi kekuatan dan keupayaan untuk berkarya sehingga kini. Penglibatan Cik ez secara sepenuh masa sejak 2006 sehingga kini tidak pernah ada rasa jemu untuk terus belajar dan menimba ilmu bagi memantapkan mutu karya. Paling utama dan penting sekali, setiap karya Ezee Rahmani ialah karya yang direstui, yang tidak terkeluar dari batas dan sempadan yang digariskan oleh syariat, karya yang ditulis ikhlas kerana mencari redha Ilahi, karya yang menterjemahkan istilah persahabatan, kekeluargaan, kekerabatan (pinjam istilah yang disebut oleh Puan Ainon dalam bengkel penulisan) serta kasih sayang sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Memasuki tahun 2010, 2 buah tangan dari saya, iaitu karya ke16 dan ke17; Aminah Bunga Kaum Quraisy dan yang terbaharu, Sarah dan Duit Raya. Nikmatilah persembahan ikhlas daripada Ezee Rahmani buat hidangan seisi keluarga :) Petiklah setiap kebaikan yang ada di dalamnya dan sebarkanlah ke merata, ke mana sahaja anda pergi. Bersama kita berkongsi limpahan kebaikan.

Sebarang komen bolehlah emelkan ke alamat ezeerahmani@yahoo.com

Juga, selamat berkunjung ke FB cik ez; Ezee Rahmani Engku Zainun. Ia baru sahaja dilancarkan bulan lepas. Sila add ya :)

Monday, May 24, 2010

Diulang cetak


ULANG CETAK
1. Usahawan Cilik: Puteri Kristal
2. Usahawan Cilik: Aisyah & Roti Canai
3. Buletin Sri Bangsar: Perang Rumah Sukan
4. Buletin Sri Bangsar: Juara Rumah Sukan
5. Memasak Sehebat Chef: Rendang
6. Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
7. Motivasi Alihan Pelajar
8. Dunia Sains Aiman: Jiran Baru
9. Dunia Sains Aiman: Kereta Solar

NOTA: Laporan ini disedikan oleh Cik Marianti Mohamad Ridi, eksekutif di jabatan kewangan PTS yang menguruskan bajet percetakan.
(Sumber dipetik daripada UNIKA)

Alhamdulillah....

Friday, May 21, 2010

Jalan-jalan cari buku



Beberapa minggu lepas Cik Ez sekeluarga jalan-jalan cari buku ke Gramedia Bookstores di Mines, Serdang. Memang rambang mata melihat berbagai genre buku. Semuanya hendak beli!

Sesi memilih buku pula sekejap pegang sekejap letak. Begitulah berulang-kali dari ruang depan hingga ke ruang belakang. Seronok berada di sini kerana susun atur yang kemas dan mudah memilih genre yang kita mahu.

Akhirnya tujuh buah buku berjaya Cik Ez bawa ke kaunter bayaran. Kali ini Cik Ez pilih buku-buku daripada Indonesia sahaja. Suami dan anak Cik Ez dengan buku-buku pilihan mereka pula.

Dua buah sudah dibaca. Lima buah lagi menunggu giliran dibaca. Mesti segera khatamkan semua ini sebelum memulakan manuskrip yang baharu. Waktu itu memang tidak sempat.

Adik-adik baca buku apa sekarang?

Wednesday, May 19, 2010

Lensa Buku@PTS.fm



Pagi tadi Cik Ez dijemput membuat rakaman bagi segmen Lensa Buku sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal. Rupa-rupanya kita semakin menghampiri bulan-bulan yang mulia ini. Semoga Allah memberi kesempatan kepada kita semua berada di bulan-bulan yang dirindui ini,amin...

Buku yang menjadi pilihan ialah Sarah dan Duit Raya. Dalam segmen tersebut Cik Ez ceritakan serba ringkas perjalanan novel ini, bagaimana Sarah dan adiknya mengisi 10 hari terakhir Ramadhan, bagaimana mereka menyambut raya di kampung dan bagaimana terujanya Sarah dan adiknya mengumpul duit raya dan paling suspen ialah mahu buat apa dengan duit raya itu. Simpan dalam akaun di bank seperti biasa? Belanja ibu, ayah, nenek, Mak Su dan Nabil? Belanja kawan-kawan baiknya atau apa?

Ikutilah kisah Sarah dan Duit Raya dan hayati bagaimana Sarah yang semakin matang, bijak membuat keputusan tentang duit raya yang dikumpulnya malah keputusannya itu berjaya mempengaruhi adiknya. Apa dan bagaimana?

Kenalah dapatkan siri terbaru ini, ya :)



Keluar dari studio rakaman, Cik Ez bertemu pula dengan Chef Hanieliza yang baru sahaja hendak memulakan operasinya di studio memasak. Sempatlah kami berbual-bual ringkas. Ketika itu ada kuih kegemaran Cik Ez, Kuih Lompat Tikam di hadapannya lalu beliau mempelawanya. Apa lagi, nyiru tapak tangan ditadahkan. Sungguh sedap, lemak berkrim. Terima kasih Puan Chef!

Sekiranya adik-adik semua hendak tahu,kisah kuih lompat tikam juga ada dalam novel Sarah dan Duit Raya sehingga timbul kekecohan antara Sarah dan adiknya. Bagaimana ia berlaku? Hmm... mestilah baca novel ini baru tahu :):):)

Kembara Hajiku Mencari Redha-Mu




Alhamdulillah, baru sekejap mengemelkan manuskrip Kembara Haji kepada Editor Perolehan PTS Mellennia, Cik Syikin. Semoga dipermudahkan urusan seterusnya...amiin....

Monday, May 17, 2010

Aminah Bunga Kaum Quraisy di Harian Metro




UlasanBuku: Aminah wanita contoh


2010/05/14

AMINAH adalah bonda junjungan besar kita, Nabi Muhammad. Perjalanan hidupnya singkat, namun beliau diuji dengan pelbagai peristiwa yang boleh dijadikan inspirasi kepada semua.

Bunga kaum Quraisy bernama Aminah Wahab adalah seorang anak yatim piatu yang dipelihara bapa saudaranya, Wuhaib Abdul Manaf.

Aminah seorang gadis kecil rupawan yang dibesarkan dalam keluarga berkenaan. Kebaikan pekerti dan budi bahasanya menjadikan Aminah disenangi semua orang. Beliau seorang yang pandai mengambil hati, ringan tulang serta berpandangan jauh. Dalam buku keluaran kali ini juga turut menceritakan detik dramatik apabila Abdul Mutalib perlu memilih seorang daripada anaknya sebagai korban.


Ia diceritakan secara terperinci episod cemas berkenaan sehingga membawa kegusaran pelbagai pihak termasuk Aminah sendiri ketika mendengar bakal kekasih hatinya mungkin dikorbankan sebelum mereka diijabkabulkan. Selain itu, kisah perkahwinan antara Aminah dan Abdullah juga diceritakan ketika mereka melalui saat cemas yang disampaikan secara teratur. Lebih dahsyat, pembaca pasti ingin tahu bagaimana perasaan Aminah apabila Abdullah terpaksa meninggalkan rumah sedangkan mereka masih dalam suasana berbulan madu.


Abdullah menemui Allah ketika Aminah sedang mengandungkan anak sulung mereka yang akhirnya menjadi pemimpin ulung umat Islam. Maka bermulalah episod dan perjalanan kehidupan Aminah sebagai ibu tunggal.

Tajuk: Aminah Bunga Kaum Quraisy
Penulis: Ezee Rahmani
Cetakan: Pertama
Harga: RM17.90 (Semenanjung) RM19.90 (Sabah dan Sarawak)
Muka Surat: 203 muka surat


p/s Setinggi ucapan terima kasih, tahniah dan syabas kepada tim PTS Millennia Sdn Bhd

Sunday, May 16, 2010

Komen Cik Siti Soraya tentang Indahnya Cinta....



Komen daripada seorang rakan FB, Cik Siti Soraya Mat Khairi tentang Indahnya Cinta....

buku karya puan Ezee yg mula2 saya jatuh hati ialah indahnya cinta...saya baca smpai nangis2..kwn2 saya pun suka...buku tu menjelajah dlm hostel saya lama sgt...nk dkat akhir tahun baru dpt balik..he...suka sgt buku Indahnya Cinta....

Terima kasih, ukhti. Semoga setiap bahan menjadi bekalan hidup kita bersama. Insya-Allah. :)

Sunday, May 09, 2010

Membaca budaya kita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
"Bacalah dengan nama (menyebut) nama Tuhan-Mu yang Menciptakan. Dia Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhan-Mulah Yang Maha Mulia. Yang Mengajar (manusia) dengan pena."(Surah al 'Alaq:1-4)


Buku apakah adik-adik dan kawan-kawan sedang baca sekarang dan buku ke berapakah itu bagi tahun ini?

Membaca budaya kita :)

Friday, May 07, 2010

Top 50 bagi April 2010

1. Alexander Adalah Zulqarnain
2. Hidangan Terbaik Dunia - Jawa
3. Cita Rasa Malaysia - Kelantan
4, Projek Diet Ain Maisarah
5. Aminah: Bunga Kaum Quraisy
6. Law Of Connection - Edisi Bahasa Melayu
7. Senangnya Memasak Nasi
8. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
9. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
10. Aku Mahu Superbibik
11. Dahsyatnya Doa Ibu
12. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
13. Urus Bisnes Dengan Google
14. The Magic Of Thinking Big - Edisi Bahasa Melayu
15. Tukar Sekolah Lagi!
16. Meja Runding: Dari Konflik Ke Solusi Strategik
17. Senangnya Memasak Ayam
18. Senangnya Memasak Daging
19. Cita Rasa Malaysia - Johor
20. Senangnya Memasak Ikan
21. Usahawan Cilik: Coklat Ataupun Strawberi?
22. Usahawan Cilik: Jutawan 3R
23. Senangnya Memasak Sayur
24. S Untuk...
25. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
26. Miss Epal
27. Young Aisyah: Summer Camp
28. Senangnya Memasak Sambal & Sos
29. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
30. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
31. Hidup Tenang Walaupun Berhutang - Edisi Kemas Kini
32. Keranamu Aku Cemburu
33. Kamus Al-Quran
34. Siapa Lebih Popular?
35. Buat Duit Dengan Tadika
36. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
37. Biografi Muhammad bin Abdullah - Hard Cover Edisi 2010
38. Buat Duit Dengan Jaga Budak
39. How To Win Friends & Influence People - Edisi Bahasa Melayu
40. Aku, Dia & Gosip
41. Menjadi Remaja Smart Studi: Belajar Saat Akhir
42. Usahawan: Kaya Wang Kaya Iman
43. Dahsyatnya Qiamullail
44. Koleksi 33 Kisah Sejarah Melayu
45. Si Monster Cilik
46. Travelog Cinta Abadi
47. Tip Jana Wang Dari Rumah
48. Diari Mat Despatch
49. Senangnya Memasak Makanan Barat
50. Geng Genius: Rakit Terpantas

Nota: Laporan ini disediakan oleh Cik Marianti Mohd. Ridi, eksekutif kewangan yang menguruskan bajet percetakan.
(Sumber: http://www.universitipts.com/)
Semalam saya mendapat sms daripada Cik Asyikin, Aminah Bunga Kaum Quraisy diulang cetak. Alhamdulillah...

Thursday, May 06, 2010

Siapa minat pantun dan sajak?

Bunga Kaum Quraisy kembang berseri
Di sebalik tembok mekar mewangi
Menebar harum ke pelusuk negeri
Membuat teruna dibuai mimpi


(Dipetik daripada 'Aminah Bunga Kaum Quraisy')

Wednesday, May 05, 2010

Sarah dan Duit Raya


Inilah siri Sarah yang baru. Dijangka terbit pada 26hb May 2010.

Tuesday, May 04, 2010

Versi Indonesia: Seri Kecil-Kecil Jadi Pengusaha Sukses:Kakak, Adik dan Ayam



Harga : Rp 40.000,- *
Ukuran : 12.5 x 19 cm
Tebal : 216 halaman
Terbit : April 2010


Fikri bercita-cita menjadi pengusaha ayam kampung. Berbekal kebiasaan mengurus ayam sang ibu, murid kelas satu SMA ini yakin impiannya itu bisa terwujud. Karena Fikri sadar tidak bisa menjalankan usahanya sendirian, sebagai "direktur" dia lantas menunjuk Balqis, adiknya yang murid SMP, sebagai "manajer".

Bermula dari reban ayam sederhana dan 30 anak ayam, usaha kakak-beradik ini sedikit demi sedikit membuahkan hasil. Namun, ketika berbagai cobaan datang silih berganti, bisakah Fikri dan Balqis bertahan? Bagaimana pula nasib ayam-ayam peliharaan mereka? Ikuti kisah mereka yang seru sekaligus menyentuh ini!

Friday, April 30, 2010

Ezee Rahmani buat apa sekarang?

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh,

Apa khabar semua? Kami doakan semua yang mengunjungi blog ini sentiasa dalam dakapan kasih sayang Allah yang berpanjangan, sentiasa sihat dan sejahtera dan sentiasa tekun bekerja bagi menghasilkan yang terbaik.

Adakalanya dalam hidup ini, tidak semua yang kita hajatkan diperolehi sedangkan kita amat berhajatkannya. Sama-samalah kita memanjatkan doa dan beristighfar lebih kerap lagi kerana Allah amat menyukai hamba-hamba-NYa yang suka merayu-rayu dan meminta-minta kepada-Nya. Insya-Allah, Dia Maha Mendengar permintaan hamba-hamba-Nya.

"Barangsiapa yang selalu beristighfar maka Allah menjadikan baginya jalan keluar dan dari setiap kesempitan dan solusi dari setiap kegelisahan serta Dia memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."(HR: Abu Dawud)


p/s Ezee Rahmani sedang mengedit pruf Siri Sarah dan... yang kelima. Apa judulnya? Tunggu!!!

Saturday, April 17, 2010

Menjunjung Keunggulan Ilmu, Menyanjung Keindahan Akhlak



Sabtu,17hb April 2010 Ezee Rahmani ke Majlis Takrim 2010, Sekolah Menengah Sri Al Amin, Bangi.



Inilah peminat-peminat siri pahlawan Islam karya Abdul Latip Talib. Tentu Pak Latip seronok lihat adik-adik yang tampan bergaya ini adalah di antara peminat-peminatnya. Tahniah Pak Latip!




Ini pula ialah ibu-ibu mithali yang mencari bahan bacaan untuk mereka selain membeli untuk anak-anak. Syabas kepada ibu-ibu yang sentiasa berkepit dengan buku!



Bukan ibu-ibu sahaja yang membelek buku 3 diva; Aminah, Khadijah dan Aisyah ini tetapi adik-adik pun turut sama. Syabas kepada adik-adik manis ini kerana bijak memilih bahan bacaan dan sudah tentu gerai Ezee Rahmani hanya mempamerkan bahan bacaan yang menepati piawaian.



Ini pula ialah bekas pelajar Sri Al Amin. Beliau di antara pelajar cemerlang SPM 2009memperoleh 8A 4B. Syabas dan tahniah kepada Adik Izyana bt Mohd Hariffin dan semua yang berjaya dengan cemerlang. Kepada adik-adik yang kurang berjaya, ini bukan bermakna anda gagal tetapi sebagai langkah pemula menuju kejayaan yang lebih hebat.

Sunday, April 11, 2010

Aminah Bunga Kaum Quraisy



Buah tangan istimewa sempena Hari Ibu yang akan diraikan tidak lama lagi, kini sudah berada di pasaran.

Aminah, wirawati dengan seribu satu pengorbanan yang jarang diketengahkan.

Daripada baris pertama sehingga baris terakhir buku Aminah- Bunga Kaum Quraisy, kita dihidangkan secara terperinci babak-babak hidup Aminah, bonda junjungan hebat, Nabi Muhammad. Hidup beliau singkat namun sentiasa diuji dengan pelbagai peristiwa.

Puji-pujian pada keelokan fizikal dan pekerti Aminah diolah sehingga membuatkan kita sedar pada kehebatan ibu nabi terakhir ini. Betapa beliau adalah permata terlindung yang mampu dilihat oleh beberapa mata yang terpilih sahaja.

Episod cemas yang berlaku apabila Abdul Mutalib perlu memilih salah seorang daripada anaknya sebagai korban juga diceritakan satu per satu secara terperinci. Buku ini membawa pembaca meneliti kegusaran pelbagai pihak termasuk Aminah, tatkala mendengar bakal kekasih hatinya mungkin dikorbankan sebelum mereka sempat diijab kabul.

Kisah di sebalik perkahwinan antara Aminah dan Abdullah, juga kehidupan mereka selepas berkahwin turut diperincikan dalam tulisan ini. Apalagi susunan ceritanya yang teratur dan melewati saat cemas. Lebih dahsyat lagi apabila Abdullah meninggalkan rumah, sedangkan mereka masih lagi dalam fasa berbulan madu.

Abdullah menemui Tuhan tatkala Aminah sedang mengandungkan anak sulung mereka, yang akhirnya menjadi pemimpin terungggul umat Islam. Lalu, bermula episod kehidupan Aminah sebagai ibu tunggal.

Hayati dan fahami setiap baris ayat di dalam buku ini supaya semua wanita mampu menempuh dugaan hidup masa kini tanpa ada keluhan panjang.

Friday, April 09, 2010

Ezee Rahmani ke Sekolah Rendah Islam Al Amin, Bangi






Sempena hari sukan pada 3hb April baru-baru ini, Ezee Rahmani membuka gerai buku. Ini bukanlah kali pertama kami masuk ke Sekolah Al Amin ini kerana sejak tahun lepas sudah memulakannya.
Sungguh meriah dan seronok dapat melihat adik-adik berpeluh sakan berusaha sedaya mungkin melakukan yang terbaik. Hasilnya bergantungan di leher mereka medal-medal dan ada juga yang membawa pulang piala! Tahniah dan syabas di atas semangat kesukanan yang ditunjukkan. Lebih-lebih lagi di akhir perlawanan mereka saling berpelukan walau pun dari rumah sukan yang berbeza. Hmm... masam! he he he.
Semangat kesukanan yang super hebat!




Si Manis yang menjaga gerai itu ialah orang kanan juga orang kuat Ezee Rahmani!


p/s Maaf kepada adik-adik yang bergambar dengan Ezee Rahmani kerana gambar-gambar tidak dapat diupload kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Mohon maaf sekali lagi. Insya-Allah, di lain masa kita berjumpa lagi!

Siapa si comel ini?

Siapa kenal adik comel ini? Adik comel ini belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi dalam darjah 4Dinamik. Namanya? Namanya ialah Nik Irdina Putri binti Ismail Putra.



Terima kasih kerana minat membaca karya Ezee Rahmani. Hmm... banyak juga buku Adik Irdina ini, ya.

Tuesday, March 30, 2010

Kelahiran 2010: Buku terbaru saya


Inilah orang kuat yang bertungkus lumus membantu saya menyiapkan Aminah Bunga Kaum Quraisy, Cik Norasyikin binti Wahid editor perolehan PTS Millennia. Terima kasih, Cik Syikin.

Jalan-jalan di MPH Alamanda


Tiada yang paling seronok bagi seorang penulis apabila melihat buku-bukunya tersusun rapi di barisan rak dan mudah dicapai oleh pembaca-pembaca cilik.

Monday, March 15, 2010

Jom Pakat Serbu Booth PTS!

Pesta Buku di PWTC: Jumaat 19 - Ahad 28 Mac 2010

Apa yang menarik di booth PTS tahun ini:

Booth: PTS menyewa sebanyak 15 booth tahun ini bagi memastikan anda selesa semasa berada di booth PTS. Ruang yang luas ini memudahkan anda bergerak dan memilih buku PTS.

Kaunter bayaran: PTS menyediakan 5 kaunter bayaran. Ini termasuklah 1 'Kaunter Ekspres' bagi anda yang membeli 5 naskhah buku ke bawah secara tunai. Jadi anda tidak perlu risau beratur panjang di booth PTS nanti.
VISA & Mastercard: Bagi anda yang tidak suka bawa wang tunai yang banyak, anda boleh guna kad VISA & Mastercard. PTS menyediakan 2 terminal khusus kepada anda yang membayar menggunakan VISA & Mastercard.

Buku: Sekurang-kurangnya 1,000 judul buku terbitan PTS akan dipamer dan dijual di booth PTS. Ada novel kanak-kanak dan remaja, buku agama, motivasi, bisnes, novel islami, novel sai fai, buku masak, pendidikan, keluarga, keibubapaan dan banyak lagi.
Diskaun: Nikmati diskaun setinggi 25% bagi semua buku PTS. Download kupon diskaun di www.pts.com.my/pestabuku. Bagi pelajar berbaju sekolah dan pelajar IPTA dengan kad pelajar, diskaun yang diberikan ialah 30%. Bagi fan FB PTS (www.facebook.com/bukupts), ada cenderahati untuk anda apabila datang ke booth PTS nanti.

Aktiviti: Rebutlah peluang bertemu dan bergambar bersama penulis-penulis PTS di PBAKL nanti. Klik di http://www.pts.com.my/pestabuku bagi melihat jadual aktiviti penulis-penulis PTS.
Hadiah: Bagi anda yang membeli buku PTS lebih RM100 & RM200, dan RM500 ada hadiah istimewa menanti anda. Dapatkan juga bookmark percuma apabila membuat bayaran di kaunter.

Merchandise: Tahun ini PTS menghasilkan lebih 50 jenis merchandise buat peminat-peminat buku PTS. Ada notepad, badge button, notebook, car sticker, mug, t-shirt, dan sebagainya. Merchandise boleh dibeli di booth PTS pada harga yang sangat berpatutan.

Apa perasaan anda apabila melihat pelbagai tawaran dan kemudahan yang kami sediakan di booth PTS kali ini? Jadi pastikan datang awal ke booth kami. 100 pembeli pertama di booth PTS akan menerima hadiah buku percuma setiap hari. Booth PTS dibuka jam 10 pagi - 8 malam (Isnin-Khamis) dan 10 pagi - 9 malam (Jumaat-Ahad). Dapatkan maklumat lanjut di www.pts.com.my/pestabuku.

Sumber: http://www.universitipts.com/

Friday, March 12, 2010

Pesta Buku 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010
PWTC
19-28 Mac 2010
ISnin - Khamis (8pagi - 10 malam)
Jumaat - Ahad (10 pagi - 9 malam)

Di sana nanti, lambakan dan timbunan buku memenuhi seluruh ruang. Toleh kanan buku, toleh kiri buku. Pandang depan buku, pusing belakang pun nampak buku. Bagi peminat-peminat buku, inilah tempat paling bahagia.

Selamat membeli-belah!

Sunday, February 28, 2010

Indahnya....



Assalamualaikum,
Saya Iffah Rasyidah bt. Zaini, dari Sekolah Menengah Agama Arab (Tinggi) Pontian, atau lebih dikenali sebagai Maahad Pontian.
Sekarang saya belajar di dalam tingkatan 3. Di sini, saya ingin menyatakan bahawa saya telah membaca beberapa buah buku yang telah dikarang oleh Ezee Rahmani. Saya dapati karangannya mudah difahami dari segi gaya bahasa dan kandungannya seolah-olah melambangkan kehidupan yang sebenar.
Salah satu buku yang telah saya baca dan juga telah mendapat tempat dan menjadi bahan rujukan di sekolah iaitu buku yang berjudul Indahnya Cinta. Kami gunakan buku ini di dalam program Halaqah/Usrah tingkatan. Kami juga menjadikan buku ini sebagai rujukan untuk tazkirah sekolah. Buku ini banyak memberi pengajaran kepada saya dan rakan-rakan.
SYABAS EZEE RAHMANI!!!...


EZ: Alhamdulillah... Mula-mula rasa berdebar terima surat ini. Selepas membacanya saya rasa sangat-sangat seronok dan bahagia! Terima kasih di atas kepercayaan Iffah Rasyidah dan kawan-kawan semua. Mudahan-mudah kita semua dapat menghadamkan setiap kebaikan yang dipaparkan, insya-Allah.
Sudah terima cenderahati yang Cik Ez pos?

Sunday, February 07, 2010

Lagi komen novel siri usahawan cilik: Puteri Kristal




Emel 1:
Assalamualaikum Cik Ez,

Apa khabar? Semoga Cik Ez dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria selalu. Maaf jika kehadiran emel ini; menganggu aktiviti harian Cik Ez. Kehadiran emel ini hanya ingin mengomen buku terbaharu cik ez yang bertajuk – Siri Usahawan Cilik: Puteri Kristal. Alhamdulillah, Aim telah tamat baca pada; 2 : 25 petang bersamaan 07 Februari 2010.

Novel Puteri Kristal ini sangat menitip beratkan nilai murni antara dua beradik dalam sesebuah keluarga. Nilai murni yang ada dalam buku ini antaranya; keluarga harmoni. Seterusnya; menyayangi haiwan. Dan; menghormati ibu bapa. Tidak lupa; mendengar cakap ibu bapa. Dan ini semua saya pelajari dalam sebuah – Puteri Kristal.

Semoga cik ez, suami, keluarga, rakan-rakan penulis akan bahagia selalu di-limpahi rahmat Allah. Aim dan peminat akan sentiasa mendoakan kejayaan cik ez dalam komuniti penulis dan menunggu kehadiran buku terbaharu dari cik ez!

Sekian,

Aim

EZ: Cik Ez terima komen ini melalui emel. Ini salah satu daripada blog Aim,http://www.hikayat-aim.blogspot.com/

Emel 2:

Buku karya Ezee Rahmani yang kakak(saya) paling suka adalah ‘Puteri Kristal’ dan juga ‘Sarah dan Senduk’ kerana kisahnya amat menarik.

Ia juga menjadi pendorong kakak(saya) dan kuyah(adik saya) untuk menjual gelang kristal. Sebelum ini kami tidak tahu untuk mengisi masa lapang dengan baik. Jadi kami membuat keputusan untuk membuat gelang kristal sendiri. Walaupun kami sibuk dengan gelang-gelang itu, tetapi kami tetap tidak mengabaikan waktu sembahyang dan masa pelajaran. Apabila kami menjual gelang-gelang itu, kami dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kami.

EZ: Terima kasih juga diucapkan kepada Adik Tengku Aisyah yang membahasakan dirinya sebagai kakak dalam emelnya. SEronoknya dapat berniaga!
Ini blog Adik Tengku Aisyah, http://tgaisyah.blogspot.com/

Terima kasih daun keladi kepada Aim dan Tengku Aisyah,
Lain kali berilah komen lagi, ya!

Tuesday, February 02, 2010

Diulangcetak pada Januari 2010


1. Sarah dan Bunga Mawar
2. Sarah dan Kasut tumit tinggi
3. Abang, Adik dan Kasut
4. Usahawan Cilik: Abang, Adik dan Ayam

Dipetik dari http://www.universitipts.com/

Friday, January 29, 2010

Komen PEmbaca Novel Sarah dan SEnduk



http://celotehsipeminatbuku.blogspot.com/
Saya membeli buku ini lantaran tertarik dengan 'covernya' dan hadiah percuma (iaitu Buku Resipi Sarah). Buku ini ditulis oleh Ezee Rahmani.Watak utamanya ialah Sarah. Ceritanya berkisah tentang Sarah dengan keluarganya; iaitu adiknya (Amin), bapa (Pak Cik Jamal), ibu (Mak Cik Sarimah),nenek, sepupu dan Mak Usu berserta kehidupan Sarah bersama-sama sahabat-sahabatnya. Membaca buku ini menyebabkan saya terimbau kenangan di zaman persekolahan dahulukala. Seronoknya.........:)
Ok, Sarah kini berminat dengan hobi barunya iaitu MEMASAK. Lalu bermulalah kisahnya dengan hobi baru beserta insiden2 yang kelakar, menarik hati dll. Penulis juga berjaya menerapkan nilai kekeluargaan dan agama dalam penulisan beliau. Tahniah. Buku ini cuma berharga RM16.50 dan boleh didapati di kedai-kedai buku utama atau pun boleh dibeli online. p/s: Saya suka juga buku resipinya...Menarik dan resipinya mudah dicuba.


EZ: Cik Ulat Buku Cute, terima kasih di atas komen. Agaknya sudah banyak resepi yang dicuba :) Saya cuba tinggalkan komen tetapi tidak berjaya.

Friday, January 22, 2010

Koleksi buku Adik Juwairiyah




Adik Juwairiyah berusia 11 tahun, memang suka membaca. Ditambah pula dengan sokongan kedua ibu bapanya yang sentiasa membawanya ke kedai buku.

Gambar menunjukkan Adik Juwairiyah di salah satu rak bukunya. Sebenarnya ada beberapa rak buku lagi miliknya. Selain menjadikan novel-novel Ezee Rahmani sebagai koleksinya, novel sejarah Islam karya Pak Latip juga ada termasuklah karya beberapa penulis lain.

Semoga Adik Juwairiyah teruskan minat membacanya kerana salah satu kunci kejayaan seseorang itu ialah melalui membaca.

Kepada adik-adik yang mempunyai minat yang sama seperti Adik Juwairiyah ini, hantarkanlah gambar-gambar sebegini supaya dapat disiarkan di sini. Mudah-mudahan, dari situ semangat membaca kita semua turut meningkat di samping dapat berkongsi ilmu dengan kawan-kawan. Tentu banyak yang boleh dijadikan bahan bercerita. Seronok, bukan?

Membaca budaya kita :)

Wednesday, January 06, 2010



Sedikit ole-ole buat peminat karya Ezee Rahmani selain mendoakan semoga adik-adik, anak-anak dan kalian semua sentiasa dalam kasih sayang Allah. Terima kasih di atas sokongan kalian semua.

Sunday, January 03, 2010

85 Judul Sastera Remaja dan Kanak-Kanak yang Akan Diulangcetak


Alhamdulillah di antara 85 judul novel tersebut, 5 judul novel Ezee Rahmani terpilih diulang cetak.

1. 31 Kisah Teladan: Usaha Burung Pipit dan Kisah-kisah lain - 2000

2. Sarah dan Bunga Mawar - 2000

3. Sarah dan Kasut Tumit Tinggi - 2000

4. Abang, Adik dan Kasut - 3000

5. Usahawan Cilik: Abang, Adik dan Ayam - 3000

Sumber dipetik dari http://www.universitipts.com/

Surat: 'Usahawan Cilik ' PTS Berjaya Mendorong Daya Usaha Menjadi Usahawan



Dipetik dari http://www.universitipts.com/
Salam, Puan Ainon. Semoga Puan sekeluarga dilimpahi rahmat Allah dan sentiasa diberi kesihatan yang baik.

Kami selaku editor Teen PTS Pro yang menguruskan siri usahawan cilik mahu memaklumkan dua berita gembira yang diperolehi daripada salah seorang penulis kami iaitu Puan Hajah Ezee Rahmani.

Beliau memberitahu ada pembeli novel Puteri Kristal iaitu dua beradik yang baru berusia 9 dan 11 tahun sudah menjadikan novel kita itu sebagai sumber inspirasi mereka untuk memulakan bisnes gelang kristal.

Dua beradik itu menggunakan segala maklumat yang ada di dalam buku itu bagi mencari bahan-bahan yang diperlukan seperti cangkuk, manik, dan tali tangsi. Mereka mula menjual gelang kristal hasil kerja tangan mereka di sekolah. Perkara yang menggembirakan kami, mereka pernah memperolehi pendapatan sebanyak RM24 sehari.

Begitu juga dengan seorang guru yang membeli novel Abang, Adik dan Ayam dan menjadi inspirasi beliau untuk meniaga ayam kampung. Sekiranya di dalam novel, watak utama memulakan bisnes dengan membela senyak 30 ekor ayam dan akhirnya berkembang menjadi 100 ekor, tetapi mungkin kerana guru itu yakin dengan maklumat dalam buku itu, beliau teruja dan terus mengeluarkan modal sehingga RM1000 untuk membina reban ayam dan memulakan bisnes dengan 100 ekor ayam.

Nampaknya perjuangan kita untuk menerapkan nilai-nilai dan semangat ingin berbisnes terutama dalam jiwa anak-anak mula membuahkan hasil. Semoga siri ini mendapat tempat di hati ibu bapa dan guru-guru yang mahu anak-anak mahupun pelajar mereka memiliki sifat keusahawanan. Perjuangan kita masih belum selesai....

Editor yang teruja,
Cik Ann & Cik Shiela


Ini ialah sebahagian dari emel Adik Aisyah Humaira yang menjalankan projek gelang kristal bersama adiknya selepas peperiksaan akhir tahun lepas.

...dan psl gelng kristl tu, kakak & kuyah dah jual dan mndpt untng yg blh thnlah iaitu lebih RM 20.00 .kami brdua buat pahtu jual gitulah dan bnyak mnrima temphn yang tdk prnah berhnti. tak mng tngn kami brdua dibuatnye.. ...............................

1431 dan 2010


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Ta'ala yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang kerana masih memberi kita peluang melangkah selangkah lagi ke tahun baharu. Tentunya langkah kali ini lebih kemas, mantap dan penuh yakin bahawa kita tidak bersendirian melaluinya. Kita dikelilingi oleh orang-orang yang mengasihi kita dan sudah tentu kita juga amat mengasihi mereka. Yang paling indah ialah merasai kebersamaan Allah dalam setiap detik kehidupan. Merasai Allah sentiasa ada di sisi, memberi petunjuk, membimbing dan melindungi perjalanan kita ke jalan yang diredaiNya.

Begitu juga doa kami kepada semua pengunjung blog bicaraku-ez agar sentiasa dalam kasih sayang Allah yang berpanjangan. Semoga tahun baharu memberi ruang yang lebih luas untuk kita meningkatkan dan melipatgandakan lagi usaha sehingga tercapai apa yang dicita-citakan.

Selamat kembali bersekolah kepada adik-adik semua terutamanya yang bakal mengambil peperiksaan tahun ini. Mula merancang seawal mungkin, ya. Insya-Allah kami doakan kejayaan untuk adik-adik semua!