Sunday, August 28, 2016

Bangkit Gaza


Novel ini masih panas. Seperti Tempur di Gaza, Bangkit Gaza terus berkongsi rasa bagi tidak mengenal erti putus asa. Terus berusaha sehingga ke hujung nyawa dan meminta kepada Yang Maha Pencipta.
Sukar mendapatkan Bangkit Gaza? Emel: ezeerahmani@yahoo.com




Saturday, August 20, 2016

Labbaik Allah...




Musim haji tiba lagi...

Salam kembara wahai tetamu-tetamu Allah
Jauhnya berjalan samudra diredah
Taat dan patuh penuh pasrah
Hanya mencari redhaMu ya Allah.


Tuesday, August 16, 2016

Bangkit Gaza





Kisah suka-duka Gaza bersambung lagi. Bangkit Gaza sambungan Tempur di Gaza. Sesiapa yang berminat boleh emel kepada ezeerahmani@yahoo.com.

Wednesday, August 10, 2016



Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya orang-orang kafir menurut perkara yang salah, dan sesungguhnya orang-orang beriman menurut perkara yang benr daripada Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing.
                                                                                                                           (Surah Muhammad 47:3)




Monday, August 01, 2016



Seorang demi seorang daripada kaum kerabat dan sahabat-handai pergi. Pergi yang tidak kembali lagi di sisi kita. Sungguh, perjalanan ini bukan terhenti tatkala nyawa dipisah dari badan. Namun ia terus berlangsung ke fasa-fasa seterusnya sehingga tiba ke destinasi, perkampungan abadi.

Perkara yang paling mengerikan dan mencemaskan ialah adanya dua perkampungan abadi. Ke manakah pula noktah kembara kita? Ke syurgakah atau ke neraka?

Walau dengan mengheret sekian beban dosa sekali pun, kita tetap mengharap bahawa kampung abadi kita ialah Syurga.

Menoleh ke belakang, Ramadan berlalu pergi. Menitipkan sekian banyak amal bagi diteruskan di bulan-bulan seterusnya sehingga dipertemukan kembali.

Sama-sama kita bermohon kepada Allah, agar kita terus istiqomah dalam meraih redhoNya.