Monday, August 01, 2016



Seorang demi seorang daripada kaum kerabat dan sahabat-handai pergi. Pergi yang tidak kembali lagi di sisi kita. Sungguh, perjalanan ini bukan terhenti tatkala nyawa dipisah dari badan. Namun ia terus berlangsung ke fasa-fasa seterusnya sehingga tiba ke destinasi, perkampungan abadi.

Perkara yang paling mengerikan dan mencemaskan ialah adanya dua perkampungan abadi. Ke manakah pula noktah kembara kita? Ke syurgakah atau ke neraka?

Walau dengan mengheret sekian beban dosa sekali pun, kita tetap mengharap bahawa kampung abadi kita ialah Syurga.

Menoleh ke belakang, Ramadan berlalu pergi. Menitipkan sekian banyak amal bagi diteruskan di bulan-bulan seterusnya sehingga dipertemukan kembali.

Sama-sama kita bermohon kepada Allah, agar kita terus istiqomah dalam meraih redhoNya.





No comments: