Thursday, December 03, 2015

Ayuh, Berkongsi!


 Sudah Terbit!!!
Peneman musim cuti sekolah dan peneman musim tengkujuh,
Ibu bapa boleh adakan sesi bercerita bersama anak-anak atau hadiahkan buku comel ini kepada anak-anak. Kemudian, adakan aktiviti ulang cerita.

Ulang cerita maksudnya, apa yang dibaca diceritakan semula tanpa buku. Ini aktiviti menarik apabila dilakukan secara santai. Ya santai. Gelak tawa dan usik-mengusik. 

Apa yang mahu dicapai daripada aktiviti-aktiviti membaca buku cerita dan ulang cerita seperti ini?
1. Ibu bapa dan anak-anak terhibur.
2. Hubungan ibu bapa dan anak-anak semakin akrab, mesra dan erat.
3. Wujud suasana harmoni di dalam keluarga.
4. Momen ini menjadi kenangan yang tak terlupakan apabila mereka dewasa kelak.
5. Bahan bacaan seperti ini menambahkan ilmu pengetahuan. 
6. Mendorong anak-anak suka berkongsi cerita dengan kawan-kawan.
7. Melatih mereka berani bercakap.

.... Dan banyak lagi boleh ditambah impak yang lahir daripada aktiviti-aktiviti bermanfaat ini. Aktiviti yang mudah, dan tidak memerlukan modal yang mahal.







Tuesday, December 01, 2015

Monday, November 23, 2015

Muhasabah Karya


Dengan 6 persoalan yang ditimbulkan di bawah Muhasabah Karya, sudah memadai bagi menoleh ke belakang mencari apa-apa yang tercicir. Apatah lagi sekiranya lebih banyak muhasabah yang direnung.

Perancangan seterusnya bagi 2016, setiap karya yang dihasilkan memberi jawaban yang baik-baik dari kalangan sasaran pembaca yang dimuliakan.

Insya Allah, teguhkan niat, teruskan langkah!








Thursday, November 19, 2015

Sumbangan Buku untuk Perpustakaan Sekolah Rendah


Dibuka kepada sekolah-sekolah di Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra dan sekitarnya. Setiap sekolah kami sumbangankan sebanyak;

                                                      2 buah novel awal remaja
                                                      2 buah kompilasi cerita pendek motivasi
                                                      3 buah ceita pendek.
                                                      Anggaran kos: RM80

Masih ada beberapa kekosongan lagi. Siapa cepat dia dapat selagi stok ada.
Cepat!

Emel kepada ezeerahmani@yahoo.com

Muhasabah Karya: Menjiwai dan Puas Hati


5. Adakah sasaran menjiwai setiap penceritaan?

6. Wujudkah rasa puas di hati pembaca sasaran apabila tamat bacaan?


Thursday, November 12, 2015

Muhasabah Karya: Suara Cerita


1. Apakah niat kita?

2.  Apa rujukan kita?

3.  Adakah karya kita benar-benar terkesan di hati sasaran?

4.  Adakah wujud suara dalam setiap cerita yang dipersembah?






Thursday, November 05, 2015

Wahai Mentari


Menyapa alam mencari-cari mentari
Mohon murah hati sudilah berkongsi
Sedikit hebat yang dianugerah Ilahi
Kiranya kita saling memberi
Bersama menghargai sepakat memanfaati
Tidaklah sia-sia apabila kelak kembali.






Wednesday, November 04, 2015

Belajar subjek agama. Seronokkah?


Membina keseronokan dalam subjek agama. Akidah, Ibadah, Seerah dan Akhlak. Bermula dari tadika, keseronokan ini perlu dibangun dan dicipta. Ia bukan sekadar menghabiskan waktu mengajar selama 30 minit dengan bercerita, menyanyi, melakar, menyambung dot-dot dan mewarna. Tidak!

Ini ialah saat mereka mendengar setiap yang diceritakan dan visualkan di hadapan mereka. Bawa mereka bersama-sama masuk ke dalam cerita tersebut. Membangun kesedaran, kefahaman dan penghayatan dalam setiap apa yang diajar. Mungkin mereka tidak faham secara mendalam. Pun begitu, walau secara asas diajarkan, kita akan dapat melihat kesan dan impak kepada diri anak-anak didik. Insya Allah.

Contoh, ketika mengajar bab wuduk. Bermula dari niat berwuduk sehingga selesai kita ajar praktikalnya. Kita bawa mereka ke paip sehingga mereka benar-benar tahu bahawa setiap titis air yang mengalir di bahagian anggota wuduk itu akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak. Atau bab akhlak. Menunjukkan dengan lakonan. Ajak mereka sama-sama berlakon contoh akhlak mulia dan kesannya di kemudian hari kelak sehingga mereka tidak ragu-ragu melepaskan tabiat tidak baik yang diamal selama ini dan mengamalkan akhlak mulia, akhlak para Nabi.

Tuesday, November 03, 2015

Bagaimana ibu/bapa  menjalani sesi bercerita menggunakan buku atau tanpa buku bersama anak-anak? Bagaimana ibu/bapa melakukannya?



Thursday, October 29, 2015

Buku Latihan/Kerja Tadika/Prasekolah Siri Cilik Pintar Ezee


Buku-buku kerja tadika adalah di bawah siri ini.

Kepada pengusaha-pengusaha tadika yang berminat dengan Siri Cilik Pintar Ezee, boleh tinggalkan mesej di sini  atau emel kepada ezeerahmani@yahoo.com

Bersama kita melakukan sesuatu demi melahirkan ummah soleh solehah.




TADIKA: Buku Kerja Tadika Sesi 2016

Buku Kerja Tadika!
Akidah dan Ibadah bagi Tahap 1 dan Tahap 2.




Saturday, October 17, 2015

Cerita yang 'hidup'?

Bagaimana mahu melahirkan sebuah cerita yang 'hidup'?
Lain penulis lain caranya. Ini cara saya.Tarik nafas perlahan-lahan, ujudkan 'mood' dan bersedia 'masuk' ke dalam cerita. Pastikan kita berada di tengah-tengah situasi cerita. Rasai dan larutkan diri bersama alunan/kecamuk yang berlaku. Ringankan jari-jari lalu ketuk papan kekunci selembut/serancak mana perisitiwa itu.

Sekiranya, cerita kanak-kanak, masuk ke dalam dunia kanak-kanak. Kita sebagai kanak-kanak. Melihat dan menilai sesuatu dari pandangan kanak-kanak. Jadikan diri kita kanak-kanak.

Boleh? Insya-Allah boleh!






Wednesday, October 14, 2015

Buku Latihan/Kerja Prasekolah/Tadika

Projek 'Buku Kerja Prasekolah' siap!

1) IBADAH 2 BUAH (TAHAP 1& TAHAP 2)

2) AQIDAH 2 BUAH (TAHAP 1& TAHAP 2)

3) SEERAH 1 BUAH (TAHAP 2)

4) LATIHAN JAWI 2 BUAH (PILIHAN)

4) BACA JAWI 2 BUAH (PILIHAN UNTUK TAHAP 2)


Alhamdulillah. Setinggi syukur kepada Allah Taala yang mempermudahkan segala urusan. Kami doakan setiap helaian buku kerja ini bermanfaat dalam memandaikan ummah cilik. Insya-Allah.






Epal dan Belalai Gajah


Epal + belalai gajah = Jus yang sedap!

Bismillah. Minum. Jangan pernah putus asa. Tawakkal.




Sunday, October 04, 2015

Baki

Ada ketikanya kita terasa masa semakin singkat sedang banyak tugasan yang belum dibereskan. Pengurusan masa yang bijak sekali pun belum tentu mampu menyelesaikan situasi begini.

Semakin meningkat usia, baki hidup semakin pendek. Walau meriah merai hari ulang tahun kelahiran namun jauh di sudut hati terasa bukankah itu bermakna semakin dekat ke hujung usia?

Merenung ke dalam diri sendiri, amal tidak sebanyak mana pun. Apa yang mahu dibangga di hadapan Allah kelak, bahawa aku hambaMu yang taat?

Mohon sama-sama doakan, ya. Biar baki usia kita dapat diisi dengan sebanyak mungkin amal yang memberi manfaat kepada orang lain.

Tuesday, September 29, 2015

Jom Tulis Bersama Ezee Rahmani

Baru selesai sesi Bimbingan Tulis Cerpen bagi projek bersama Risalah Harmoni dan Hidayah Centre. Ia adalah koleksi cerpen yang berkisar pengalaman mereka dalam mendekatkan diri dan kembali kepada agama Allah.

Kisah-kisah yang sungguh menarik dan pastinya menjadi satu motivasi serta lonjakan momentum bagi kita terus memanfaatkan diri demi ummah.

Adab Hidup Pada Memberi.

Monday, September 28, 2015

Tidaklah Allah menurunkan 

suatu penyakit melainkan

Allah juga 

menurunkan penawarnya. 

(HR Bukhari)


Kami doakan kesembuhan buat rakan dan taulan yang diuji dengan berbagai jenis penyakit. Bersabar dan dirikan solat dalam apa situasi. Terus beristighfar dan bersangka baik kepada Allah SWT. Insya Allah.

Tuesday, September 22, 2015

Manuskrip Gaza 2

Ada tugasan boleh ditangguh, Ada tugasan perlu disegerakan.

Bagi tugasan Gaza 2 Fasa 8, ia amat kritikal. Harus disegerakan secepat mungkin. Ia kerja yang tidak boleh ditangguh sama sekali.

Beritahu Dunia mengapa Palestin terus berjuang sejak dahulu hingga kini. Ia perlu disebar. Seluruh ummat perlu sedar dan insaf bahawa bumi barokah itu milik kita. Sebahagian dari diri kita.

Ayuh segera hantarkan senjata paling ampuh untuk mereka yang bertarung nyawa di sana!

Jom Tulis Bersama Ezee Rahmani.

Adab Hidup Pada Memberi.

Wednesday, September 16, 2015

Buku Latihan Tadika

Projek seterusnya, ialah menyiapkan buku latihan tadika/prasekolah.

Projek yang dekat di hati. Saya terlibat dalam dunia prasekolah sejak 1989. Sejak itu cinta saya kepada dunia kanak-kanak semakin membara. Melihat dan memerhati mereka, memahami dan mengerti bahasa mereka. Semua itu hanya mampu dicapai apabila kita masuk ke dalam dunia mereka. Dunia yang suci.

Dari hari ke hari saya melihat keperluan mereka dan pada tahun 1996 saya mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan buku tadika/prasekolah dengan memanfaatkan setiap pengalaman sepanjang bersama-sama mereka.

Kini, peluang itu datang lagi. Terima kasih kepada WMZ Media Sdn Bhd.



Thursday, September 10, 2015

Labbaik Allah

Saat perginya bersama timbunan dosa. Namun pulangnya bersama limpahan ampun dan rahmat. Bahagia apa lagi yang lebih besar berbanding ini?

Doa kami, kalian peroleh haji yang mabrur.


Friday, August 21, 2015


Adat hidup pada memberi.

Ikhlas kerana Allah Taala,

Maka ia menjadi ibadat.




Thursday, August 13, 2015

Dunia Kanak-kanak: Jom Baca!

Sejak dalam kandungan lagi, budaya membaca dikongsi bersama bayi. Membaca al Quran dan al Hadis, membaca kisah-kisah teladan dan berbagai-bagai bahan bacaan yang bermanfaat.

Dunia kanak-kanak tidak lengkap tanpa buku. Sekiranya kanak-kanak memerlukan pemakanan yang sihat, begitu juga dengan minda. Membaca pula adalah santapan minda.

Pamerkan koleksi buku sehingga ia mudah dicapai oleh kanak-kanak tatkala mereka berkehendak. Biarkan mereka membelek dan mereka-reka sendiri cerita berdasarkan gambar yang dilihatnya. Ada ketikanya, kita membaca bersama-sama mereka.

Kita baca dan ulang-ulang bacaan. Kesannya, sekejap sahaja mereka dapat menghafalnya. Manfaatkan kelebihan dan kecergasan kanak-kanak di awal usia ini dengan memperdengarkan ayat-ayat Allah.



Dunia Kanak-kanak: Jom Main!

Biarkan mereka bermain. Lagi bagus sekiranya, bermain bersama-sama mereka.
Jangan menyekat mereka atau dengan kata yang lebih keras, jangan dibunuh kemahuan bermain di kalangan kanak-kanak.

Raikan hak mereka.
Jom main!




Wednesday, August 12, 2015



Tema Festival Sastera Kanak-kanak 2015:

 Satu Dunia, Pelbagai Cerita.







Monday, August 03, 2015

NOVEL GAZA 2

Kembali meneruskan projek Gaza siri 2. Ini projek berkumpulan. Tentu sahaja cabarannya berbeza dan lebih menarik!

Pasangkan niat dan teruskan kerja. Ayuh, mulakan dengan Bismillah....



                                          Ini Novel Gaza 1: Tempur  di GAZA

Thursday, July 30, 2015

Baca, baca, baca dan tulis....

Alhamdulillah diskusi buku kembali bermula. Memang banyak kerja yang perlu dibuat. Apatah lagi, Ramadan mendidik kita bersegera dan singkir sikap bertangguh/nanti dulu, rebut peluang di depan mata bukan tengok saja ia berlalu pergi, bersungguh-sungguh dalam kerja dan berterusan dalam sesuatu kerja.

Allah...tentu sahaja semuanya tidak mampu dilakukan sendirian melainkan dalam satu pasukan.

Medan kerja kami ialah berkarya. Membaca, membaca, membaca dan menulis dan begitulah seterusnya. Harapan kami setiap buku yang diterbit, dapat pergi sejauh mungkin dan bertahan selama yang boleh. Mampu dicapai, dibaca dan dimanfaat sebaiknya. Dan semoga Allah menerima setiap karya ini sebagai amal soleh dan amal jariah, buat bekal/bento kami di sana kelak.

Ayuh, mula kerja!

Musim Haji tiba lagi...


Siapakah yang terpilih menjadi Tetamu Allah kali ini?





Monday, July 06, 2015

Friday, July 03, 2015

Pesan ustaz,  Lailatul Qadar itu, 

diburu
bukan 
ditunggu





Monday, June 15, 2015

Ramadan Kareem




Maka berlumba-lumbalah kamu dalam mengerjakan kebaikan. (Al Baqarah:148)



p/s Tidak perlu bersaing kerana satu saat kita akan kelelahan dan kecewa. Berlumba-lumba itu saling dorong-mendorong bagi mencapai satu cita-cita. Kun Anta :)



Wednesday, May 27, 2015

Sering kali kita mencari-cari
Atau tercari-cari
Sedangkan apa
Atau benda yang dicari-cari itu
Ada tersangat dekat
Di sisi kita.






Monday, May 18, 2015

Tersenyum sendiri saya melihat page ini. Alhamdulillah...moga bermanfaat.

Seri Kecil-Kecil Jadi Pengusaha Sukses:

Kakak, Adik, dan Ayam

Oleh Ezee Rahmani

    Sinopsis

    Fikri bercita-cita menjadi pengusaha ayam kampung. Berbekal kebiasaan mengurus ayam sang ibu, murid kelas satu SMA ini yakin impiannya itu bisa terwujud. Karena Fikri sadar tidak bisa menjalankan usahanya sendirian, sebagai "direktur" dia lantas menunjuk Balqis, adiknya yang murid SMP, sebagai "manajer".

    Bermula dari reban ayam sederhana dan 30 anak ayam, usaha kakak-beradik ini sedikit demi sedikit membuahkan hasil. Namun, ketika berbagai cobaan datang silih berganti, bisakah Fikri dan Balqis bertahan? Bagaimana pula nasib ayam-ayam peliharaan mereka? Ikuti kisah mereka yang seru sekaligus menyentuh ini!
     http://www.gramediapustakautama.com/buku-detail/83301/Kakak,-Adik,-dan-Ayam

    Mendidik Malu

    Bagaimana 'mendidik malu' dalam diri anak-anak yang semakin meningkat remaja atau dewasa?
    Mulakan dari dalam rumah.

    1. Latih anak-anak menguruskan sendiri pakaian dalam mereka. Ajar mereka melipat dan mengemasnya. Apabila mereka meningkat remaja, latih mereka membasuhnya sendiri, menyidainya sendiri, melipatnya sendiri dan mengemas ke dalam almari sendiri. Beri kesedaran bahawa pakaian dalam ini sesuatu yang tidak wajar diperlihatkan. Pakaian dalam melindungi bahagian sulit. Jelaskan kepada mereka, mengapa mereka perlu uruskan sendiri semua itu selagi terdaya.

    Latihan ini memberi kesan kepada mereka apabila berusia remaja dan meningkat dewasa. Ibu bapa dapat melihat 'didikan malu' yang dipupuk dan dilatih sejak kecil. Mereka lebih pemalu dan berhati-hati namun tetap berani dan berkeyakinan tinggi. Terutamanya apabila berkumpul dengan saudara-mara sebaya mereka.

    2. Cara duduk di hadapan orang berbeza dengan cara duduk ketika bersendirian. Samada dengan ahli keluarga sendiri apatah lagi dengan orang lain.

    Contohnya, duduk di atas kerusi dengan kedua-dua kaki dinaikkan sehingga lutut separas dengan muka sambil bermain 'game' atau berbual-bual adalah tidak sopan apabila ianya di hadapan orang yang lebih tua, bagi anak-anak mencecah usia baligh.

    Mendidik malu dan beradab.


    Thursday, May 14, 2015

    BENGKEL PENULISAN KREATIF@RUMAH

    Projek ini bermula sekitar 2012. Masih berlangsung dan akan terus berlangsung selagi upaya masih ada, dengan izin Allah Taala.

    Objektifnya mudah sahaja. Berkongsi secebis ilmu dan kemahiran yang dipinjamkan Allah Taala kepada sesiapa yang juga mahu memfokuskan diri dalam bidang ini sebagai satu medan. Medan menyampai, berkongsi, memahami keperluan masyarakat hari ini.

    Ayuh! Tulis sebanyak mungkin karya 'Patuh Syariah' sehingga tertimbus karya-karya picisan.



    Menulis hari ini untuk bahagia di hari esok.

    Kembara Kuku

    Dapatkan 2 siri Kembara Kuku untuk adik-adik/anak-anak/cucu-cucu anda sekarang. Boleh didapati di mana-mana kedai buku. Sekiranya sukar mendapatkannya, boleh beli online dengan saya, di emel ezeerahmani@yahoo.com

    Hidangkan buku-buku yang segar dan bersih dari segala perkara yang mengelirukan minda si cilik. Mereka anak-anak syurga maka muliakan mereka dengan hidangan yang baik lagi bermutu. Insya Allah....


    Kembara Kuku: 1. Ayuh, Berhati-hati!@RM9.50
                             2.  Ayuh, Berusaha!   @RM9.50

    Thursday, April 23, 2015

    PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR





    Semua dijemput hadir!



    TEMPUR di GAZA


    Ini kisah suka dan duka sekeping tanah bernama GAZA.
    Dapatkan novel istimewa ini di Pesta Buku Antarabangsa, Booth L 073.






    Sunday, April 19, 2015

    SUDAH TERBIT! SUDAH TERBIT! KEMBARA KUKU 2: AYUH, BERUSAHA!

    Ada yang bertanya apakah Kembara Kuku itu?
    Kembara Kuku ialah sebuah kisah kembara/travelog sekumpulan haiwan comel di hutan rimba nun jauh di pendalaman sana. Seperti mana siri travelog yang lain, travelog mereka ini tidak kurang menariknya. Kembara mereka mencari 'sesuatu' demi kesejahteraan rimba yang terdiri dari berbagai golongan dan lapisan masyarakat haiwan. Berbagai cabaran dilalui namun mereka tetap bersatu hati.

    p/s Ha... dah macam travelog kita pula :)





    SIRI REMAJA DEWASA

    http://bukuez.blogspot.com/

    Friday, April 10, 2015

    Thursday, April 02, 2015

    Hidup itu punya erti

    Pujuk diri
    Bagi mengingati
    Bahawa, hidup itu punya erti
    Bukan sekadar memiliki
    Malah, memberi.

    Usah kecewa tentang kuantiti
    Hanya fokus kepada kualiti
    Sejarah banyak mengajari
    Betapa, banyak tanpa nilai
    Ibarat buih, terus hilang dihempas badai.





    Sunday, March 29, 2015

    Kita datang dan kita pergi

    28/3/15 Pagi Jumaat yang cerah dan dingin, bagai memberi rasa nyaman kepada adindaku, Engku Mohd Azlan pergi meneruskan perjalanannya menemui Yang Maha Pencipta. Innalillahi wainnailaihi roojiuun. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.

    Kami doakan, isteri dan anak-anak dilipat gandakan kesabaran dan kekuatan bagi meneruskan kehidupan tanpa orang tercinta sisi. InsyaAllah, sama-sama kita saling bahu membahu.

    Al Fatihah.


    Thursday, March 19, 2015

    SENYUM :)

    Senyum. Ekspresi tanpa suara. Mempamerkan rasa senang, gembira, dan suka, dengan menarik bibir memanjang ke kedua-dua belah pipi. Mudah. Percuma. Namun, mempunyai nilai ibadah yang tinggi.

    Senyuman kamu kepada saudara kamu itu sedekah. (Hadis direkodkan oleh Sahih Ibn Hibban)

    David Song dari Universiti Chicago Hospital, seorang pakar pembedahan plastik, dalam kajiannya berkata, ketika tersenyum, otot mata mengerut, dua otot bibir tertarik, otot di sekitar hidung juga, dua otot di hujung mulut bergerak naik, dan dua otot lagi membuat bibir melebar. Kesemuanya berjumlah, 12 otot wajah bergerak ketika seseorang tersenyum. Sementara senyuman palsu hanya menggerakkan dua otot di hujung mulut sahaja.

    Janganlah sekali-kali kamu meremehkan sesuatu kebaikan, walau pun ia hanya sekadar menemui saudaramu dengan wajah ceria. (Hadis direkodkan oleh Muslim)


    :)

    Monday, March 09, 2015

    Monday, March 02, 2015

    Soal dan Jawab

    Soal:    Puan penulis buku remaja dan kanak-kanak?

    Jawab: Ya. Saya penulis buku remaja dan kanak-kanak.

    Soal:     Adakah puan berbangga dikenali sebagai penulis buku remaja dan kanak-kanak?

    Jawab:  Ya. Sudah tentu saya berbangga.

    Soal:     Boleh saya tahu, apa kebanggaan menjadi penulis buku remaja dan kanak-kanak?

    Jawab:  Banyak kebanggaannya. Pertamanya, anak-anak ini ialah ahli-ahli syurga. Mereka bersih seumpama kain putih. Saya rasa bertuah diberi peluang menyediakan hidangan untuk ahli-ahli syurga ini. Sekiranya, seorang chef berasa bertuah menghidang masakannya untuk para pembesar, VIP dan raja-raja, saya pula bertuah dapat menghidang makanan akal dan minda untuk ahli-ahli syurga ini.

    Soal:    Sekiranya mereka ahli-ahli syurga, bagaimana pula dengan status kita?

    Jawab:  Status kita kini, melayakkan diri menjadi calon syurga. Sekiranya hari ini kita meninggal, belum tentu kita ke mana. Sedangkan mereka itu pasti tempatnya di syurga.

    Soal Jawab bersambung....

    Wednesday, February 25, 2015

    Bila badan sihat...


    Bila badan sihat
    Nak kongsi ilmu walau sekelumit cuma

    Bila badan sihat
    Nak buat semua orang senyum dan ketawa

    Bila badan sihat
    Nak beritahu semua, berkat doa awak, saya sihat

    Bila badan sihat
    Nak tulis banyak banyak banyak buku

    Bila badan sihat
    Sedetik pun rasa taknak lelap

    Bila badan sihat
    Nak masak roti, briyani, popia, laksa, kek

    Bila badan sihat
    Nak jamu makan makan

    Bila badan sihat
    Nak ziarah sahabat taulan

    Bila badan sihat
    Nak jalan-jalan tengok alam

    Bila badan sihat
    Macam-macam benda nak buat

    Bila badan sihat
    Nak pulun semua kerja tertangguh waktu sakit

    Bila badan sihat
    Nikmat yang tiada terungkapkan

    Bila badan sihat
    Setinggi-tingginya dipanjat syukur

    Bila badan sihat
    Tidak mengapa berbeza erti sihat

    Bila badan sihat
    Memang tahu pun diri setara mana

    Bila badan sihat
    Jangan dilupa saat sakit

    Bila badan sihat
    Tidak semestinya tidak sakit lagi

    Bila badan sihat
    Belum pasti esok masih sihat

    Bila badan sihat
    Mungkin esok kembali sakit

    Bila badan sihat
    Beringat-ingat pada diri

    Walau apa pun, sihat dan sakit silih berganti
    Tetap sayangi diri

    Allah sayang hambaNya, diri harus meredhai
    Itu tanda Dia peduli.

    Wallahu a'lam



    Kembara Kuku sudah terbit!


    Sunday, February 22, 2015

    Mereka Itu, Ahli Syurga

    Memurnikan setiap apa yang mahu disampaikan untuk ahli-ahli Syurga. Secara peribadi, saya berasa gembira diberi peluang menghidangkan sesuatu untuk mereka.

    Sedangkan kita, masih berusaha menjadi calon-calon syurga, harus banyak belajar daripada mereka. Jangan sangka mereka masih hingusan, tiada apa yang boleh diambil pengajaran daripada mereka. Itu salah!

    Melihat senyum, tangis mereka, merenung tidur dan nyenyak mereka, menikmati gurau dan senda mereka, memahami rajuk dan marah mereka. Merasai kebersamaan di antara mereka. Sungguh membahagiakan.

    Sekiranya hari ini, kita dan mereka mati, sudah pasti anak-anak kecil itu ke syurga. Dan kita? belum tentu ke mana destinasi kerana kita sedang berjuang ke status 'calon'.

    Sewajarnya, bakal/calon syurga itu lebih menghormati ahli-ahli syurga.




    Thursday, February 19, 2015

    Edit Syukur


    Dalam keghairahan melihat kejayaan dan kehebatan orang-orang,
    Sesekali toleh kepada diri dan tiba masa mencipta kejayaan sendiri.

    Bukan soalnya,
    Ia besar atau kecil cuma.

    Setidak-tidaknya,
    Ia lebih baik daripada semalam.

    Lebarkan senyum,
    Teruskan langkah

    Diri kita,
    Kita lebih tahu berbanding orang lain.

    Diri kita,
    Tentunya lebih dikenal Penciptanya.

    Sayangi diri penuh redha,
    Allah menyayangi.

    Melafaz ucap syukur tanda
    Terima kasih, Allah kerana mencipta diri ini.





    Wednesday, February 18, 2015

    Soal dan Jawab: Bagaimana



    Soal:    Bagaimana mahu menanam minat menulis? Bagaimana membuat pilihan genre yang mahu ditulis? Bagaimana cara menulis? Bagaimana mahu mula menulis? Bagaimana mendapatkan ilham menulis? Bagaimana memilih waktu sesuai untuk menulis? Bagaimana...bagaimana ....bagaimana.....

    Jawab: Banyaknya bagaimana....






    Tuesday, February 17, 2015

    Siapa awak?



    Awak penulis buku kanak-kanak?
    Ya. Saya penulis buku kanak-kanak dan remaja.




    Monday, February 16, 2015

    Cukuplah Allah bagi kami

    Ucapan yang baik, membangunkan hati dan emosi sehingga ke suatu tahap, kita menghargai, menghormati dan menyayangi diri. Menyedari Allah Pencipta kita sentiasa memerhati dan sayangkan kita, mencipta kita bukan hanya untuk sia-sia.

    Kita tidak akan mensia-siakan anugerah Allah. Seluruh anggota dan pancaindera; tangan, kaki, mata, telinga dan banyak lagi. Setiap kali menarik nafas dan menghembusnya, setiap kali memerah otak berfikir, segala-galanya dihalakan kepada sesuatu yang memberi manfaat. Bukan hanya untuk diri malah untuk seluruhnya yang bernama makhluk.

    Terus berbaik sangka dan membina hubungan akrab dengan Pencipta membuat hati dan emosi tenang dan stabil. Tika berdepan dengan apa situasi sekali pun kita tahu dan sedar bahawa kita tidak bersendirian.

    Hasbunallah Wanikmal Wakil Nikmal Maula Wanikman Nasir
    (Cukuplah Allah bagi kami, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong kami)

    Selalu ingatkan kepada diri, Walau apa pun, saya tetap sayangkan diri saya, Allah sayang saya.



    Kelahiran Siri Baru


    Sinopsis:
    Siri Kembara Kuku mengisahkan pengembaraan 5 sahabat iaitu Kuku, Momo, Sasa, Gaga dan Ara bersama kawan-kawan yang lain. Mereka akan melalui pengalaman yang berbeza pada setiap pengembaraan. Siri ini menggabungkan elemen sains dalam kehidupan, nilai persahabatan, cara menyelesaikan masalah, serta nilai-nilai murni yang lain. Bagus untuk perkembangan kanak-kanak. Ini kerana mereka dapat belajar nilai-nilai murni dalam kehidupan secara tidak langsung.

    Walau pun sasaran pembacanya ialah 8 - 10 tahun, saya melihat ianya masih relevan untuk pembaca lebih dewasa. Insya Allah, sama-sama kita mengambil manfaat daripadanya.


    Saturday, February 14, 2015

    Ini buku terakhir saya pada tahun 2013. Pada akhir tahun lepas, PNM membelinya untuk Perpustakaan Desa.

    Tahun 2014, tidak ada apa-apa kelahiran. Namun, tidak bermakna saya tidak berkarya. Seorang penulis itu akan terus berkarya selagi Tuhan memberi izin.

    Tahun 2015 ini, Alhamdulillah akan ada kelahiran. InsyaAllah. Tunggu ya saya promosikan di sini dalam masa terdekat.
    Dua kali saya tertonton rancangan masak-masak bersiaran di lokasi yang sama. Pulau Belitong. Sungguh cantik dan mendamaikan pemandangannya. Terdetik rindu ingin ke sana. Sungguh, ciptaan Allah itu tidak terungkap indahnya.

    Sekurang-kurangnya, saya dapat mencuba menu baru dari Pulau Belitong. Alhamdulillah :)

    Wednesday, February 11, 2015

    Edit Niat

    Sedikit catatan dari sebuah kuliah...
    Bahawa setiap perbuatan itu tergantung kepada NIAT dan bagi setiap apa yang diNIATkan.
    Hanya kerana ALLAH Taala. Bukan kerana yang lain.

    Sekumpulan orang yang berjuang mempertahankan agama dengan berani dan gagah belum tentu masuk syurga sekiranya NIAT dijulang dan dipuja.

    Sekumpulan orang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya belum tentu peroleh syurga andai NIAT hanya menunjuk diri hebat dan tahu serba serbi.

    Sekumpulan dermawan membahagi-bagi harta dan kekayaannya juga belum tentu ahli syurga sekiranya NIAT hanya untuk mendapat pujian dan sanjungan.

    p/s Peringatan untuk diri sendiri. Sedarlah wahai diri bahawa kamu bukan siapa-siapa dan tidak punya apa-apa tanpa RAHMAT dari sisiNya. ALLAH...ampunkan kami yang sering lupa diri.

    Wednesday, February 04, 2015

    Salam rindu untuk Gaza

    Angin,
    Apa khabar kamu?
    Aku dapat mendengar siulanmu bak seruling mendayu-dayu menyebar rasa nyaman.
    Angin,
    Boleh kamu utus sesuatu untuk sahabat kita Gaza?
    Angin,
    Ini ku titipkan ya.
    Terima kasih ku dahului.

    Salam rindu untuk Gaza

    Gaza,
    Apa khabar kamu di sana? Sekarang musim sejuk semakin menebal. Suhu juga semakin menurun. Aku pasti kesejukannya tentu mencengkam. Seluruh bumimu membeku.

    Gaza,
    Bagaimana khabar saudara-saudaraku di sana? Musim sejuk begini, tentu segala aktiviti luar jadi terhad. Cukupkah bahan bakar bagi dijadikan pemanas tatkala kesejukan? Aku terfikir-fikir di mana boleh mendapatkan kayu api atau apa sahaja sebagai pembakarnya di sana.

    Gaza,
    Aku sedar, mereka kuat. Sebab itu ujian setinggi ini diberikan untuk mereka. Selayaknya dipanggil umat terpilih kerana istimewanya mereka ini. Doaku, Allah gandakan lagi kekuatan untuk mereka.

    Gaza,
    Sampaikan salamku kepada semua. Kepada semua pokok-pokok yang tumbuh di bumi barokah, kepada semua hidupan laut di Laut Mediterranian sana, kepada angin dan bayu yang bertiup lembut memberi nyaman kepada insan-insan mulia itu.

    Wassalam.



    Sunday, February 01, 2015

    Ya Rabb, 

    bagiMu segala puji 

    seagung kemuliaan wajahMu 

    dan kebesaran kekuasaanMu

    Wednesday, January 28, 2015

    Solo vs Group

    Masing-masing tentunya ada kelebihan, tidak kurang ada lemahnya juga. Kerja secara solo, ikut sahaja kepala kita. Tidak perlu pening-pening mahu merai ahli group. Bebas juga berbuat apa sahaja, di mana sahaja, di waktu apa sekali pun. Suka-suka hati kita sahaja.

    Manakala kerja bergroup/berkumpulan sedikit tercabar. Harus mengambil kira pandangan ahli lain. Perlu mengawal emosi kerja dan jaga target siap kerja. Tidak boleh suka-suka hati kita sahaja.

    Di antara kedua-dua cara kerja ini, yang mana satu jadi pilihan?
    Kedua-dua miliki nikmat tersendiri. Ada manisnya tersendiri. Umpama diminta memilih buah epal atau buah manggis. Tentu sukar memilih mana yang paling bagus sebab kedua-duanya bagus dan ada rasanya tersendiri. Juga bergantung di waktu mana kita mahu menikmatinya.

    Kesimpulan saya mudah sahaja. Ada ketikanya saya mahukan epal ketika berkelah di tepi tasik dan ada ketikanya saya mahukan manggis ketika duduk-duduk di halaman rumah.

    Perbandingan yang tidak munasabah? Usah pusing-pusing. Fikir yang positif saja. Yuk!



    Sumber gambar buah-buahan dari internet

    Edit Laku

    Sedar atau tidak, ada kalanya tutur kita menyinggung rasa yang mendengar. Bagi kita apa yang ditutur itu biasa-biasa sahaja. Bagaimana boleh menyinggung rasa pula? Jom audit edit laku.

    A: Anak berapa?
    B: (Senyum)Dua orang. Alhamdulillah.
    A: (Berkerut dahi) Dua jer?
    B: (Senyum)Alhamdulillah. Sepasang.
    A: (Berkerut dahi)Sepasang jer?
    B: (Senyum) Alhamdulillah.... Awak?
    A: (Bangga)Saya, enam. Tiga lelaki, tiga perempuan.
    B: (Teruja)Alhamdulillah. Tiga pasang tu!
    C: (Jerit) Nombor 10!
    B: Nurse panggil nombor saya tu. Pergi dulu ya. Doa saya, awak sentiasa dimurahkan rezeki.
    A: (Senyum) Terima kasih. Jumpa lagi ya!
    B: (Senyum) Insya Allah. Assalamualaikum.

    Monday, January 26, 2015

    Apa Kelebihan Saya?

    Kuku menilik diri sendiri kemudian memandang
    semula kepada ayahnya. “Apa kelebihan saya?
    Saya tidak boleh terbang!” (...petikan Buku Cerita Bergambar untuk kanak-kanak)


    p/s Bagaimana mahu menerangkan kepada anak-anak apabila timbul situasi begini? Tentunya ibu bapa perlu kreatif dalam memberi jawaban.

    Friday, January 23, 2015

    Kelebihan vs Kekurangan

    Saya bukanlah seorang motivator atau penasihat atau yang seumpama dengannya. Pun begitu, sebagai insan, kita melalui perjalanan hidup yang berbagai-bagai. Adakala, kita bergembira dan tidak kurang juga detik sedih dan lara ditempohi. Perjalanan ini tentunya menjadi medan studi yang paling berkesan.

    Sepanjang kembara hidup tentunya kita tidak sendirian. Amat tidak tepat kiranya, kita mendakwa bahawa kita menjalani hidup sendirian kerana sebagai insan, kita memerlukan insan lain dalam hidup ini. Ibu, ayah...tanpa mereka tidaklah wujudnya kita di dunia ini. Seterusnya, kaum keluarga, sanak-saudara dan sahabat-handai.

    Pergaulan sesama insan rapat ini tentunya melahirkan bibit-bibit yang pelbagai rasa dan warna. Adakala kita berasa dimuliakan, diperlukan namun tidak kurang juga ditimpa rasa rendah diri, terasing atau tersingkir. Bagaimana kita menanganinya?

    Renung diri, selami diri, kenali diri bagi mengenali siapa mereka di sisi kita. Bukan siapa kita di sisi mereka. Ia dua persepsi berbeza. Pandangan mereka terhadap kita tentu berbeza dengan pandangan kita terhadap mereka.

    Apa yang penting, secara sedar, kita memujuk diri merai dan memuliakan semua insan yang berada dalam lingkungan hidup kita sebaik mungkin. Mengapa? Kerana, mereka amat penting dalam perjalanan hidup kita. Bagaimana pula persepsi mereka terhadap kita? Tentunya, kita tidak dapat mengawal dan memaksa sesiapa pun menyukai kita. Atau mendesak mereka melihat kita dengan persepsi yang kita kehendaki.

    Dalam apa situasi pun, harapan kita biarlah sentiasa tertanam 'rasa mahu' berbuat kebaikan walau kepada sesiapa pun hatta kepada haiwan atau tumbuhan malah seluruh alam ini. Mengapa? Kerana kita sama-sama makhluk Tuhan yang berkongsi sedikit ruang sebelum kembali pulang kepadaNya.






    Dan kita?

    “Saya lihat burung-burung terbang bebas di langit.”
     
    Ibu Kuku pula menambah, “Mereka juga seperti
    kita. Pagi-pagi, keluar mencari makan.”

    “Tetapi, mereka terbang. Kita pula, hanya
    berjalan. Malah perlahan-lahan sahaja.”

    Ayah Kuku pula menjawab. “Mereka dikurniakan
    sepasang sayap, sebab itu mereka terbang.”

    “Dan kita?” soal Kuku dengan mata
    terkebil-kebil memerhati ke langit.

    ...petikan kisah bersiri, istimewa untuk kanak-kanak.
    Moral: Mengajak mereka sama-sama melihat bahawa setiap kejadian Tuhan itu pasti ada kelebihannya.

    Saturday, January 17, 2015



    Kita meminta, apa yang kita mahu


    dan


    Allah memberi, apa yang kita perlu







    Sunday, January 11, 2015

    Hargai Diri, Pelihara Maruah

    Setiap fenomina, musibah atau apa pun ia dinamakan, seringkali ia bersangkutan dengan diri kita. Sejauh mana kita meluaskan medan kerja, melebarkannya sehingga sampai kepada bukan golongan tertentu sahaja. Adakah kita terlalu memilih dalam medan kerja?

    Adakah kerana sikap kita yang lebih mementingkan cara kita dibesarkan sehingga kita terlupa pesan Saidina Umar Al Khattab?

    Secara peribadi, saya tidak melihat ini sebagai satu kesalahan yang secara total dihumbankan hanya kepada individu terbabit atau ibu bapa mereka sahaja. Bagaimana pula dengan kita sebagai sebahagian daripada kelompok masyarakat malah seagama dengan mereka?

    Budaya menuding jari perlu diubah. Budaya merenung diri perlu diperluas. Melihat diri sebagai berperanan dalam masyarakat dan ummah. Apa tugas kita?

    Tidak perlu tunggu didendang baru mahu bekerja. Tidak perlu. Lakukan sahaja dengan bergigih dan bertabah. Bukankah kita mendambakan pengiktirafan daripada Allah Azza Wajalla?

    Bekerja bukan bersendirian malah beramai-ramai. Bersama, berjemaah. Kerana, mampukah kita melakukannya sendirian?

    Melihat dengan kasih dan sayang. Betapa, mereka memerlukan kita.

    Thursday, January 08, 2015

    Sahabat sejati itu,
    tatkala kita memerlukan pertolongan darinya,
    dia berupaya membantu
    sesuai dengan kemampuannya. 
    (Imam Al Ghazali)

    Tuesday, January 06, 2015

    Didiklah anakmu mengikut zamannya 
    kerana mereka dilahirkan bukan di zamanmu. 
    (Saidina Umar Al Khattab r.a)