Monday, November 23, 2015

Muhasabah Karya


Dengan 6 persoalan yang ditimbulkan di bawah Muhasabah Karya, sudah memadai bagi menoleh ke belakang mencari apa-apa yang tercicir. Apatah lagi sekiranya lebih banyak muhasabah yang direnung.

Perancangan seterusnya bagi 2016, setiap karya yang dihasilkan memberi jawaban yang baik-baik dari kalangan sasaran pembaca yang dimuliakan.

Insya Allah, teguhkan niat, teruskan langkah!








Thursday, November 19, 2015

Sumbangan Buku untuk Perpustakaan Sekolah Rendah


Dibuka kepada sekolah-sekolah di Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra dan sekitarnya. Setiap sekolah kami sumbangankan sebanyak;

                                                      2 buah novel awal remaja
                                                      2 buah kompilasi cerita pendek motivasi
                                                      3 buah ceita pendek.
                                                      Anggaran kos: RM80

Masih ada beberapa kekosongan lagi. Siapa cepat dia dapat selagi stok ada.
Cepat!

Emel kepada ezeerahmani@yahoo.com

Muhasabah Karya: Menjiwai dan Puas Hati


5. Adakah sasaran menjiwai setiap penceritaan?

6. Wujudkah rasa puas di hati pembaca sasaran apabila tamat bacaan?


Thursday, November 12, 2015

Muhasabah Karya: Suara Cerita


1. Apakah niat kita?

2.  Apa rujukan kita?

3.  Adakah karya kita benar-benar terkesan di hati sasaran?

4.  Adakah wujud suara dalam setiap cerita yang dipersembah?






Thursday, November 05, 2015

Wahai Mentari


Menyapa alam mencari-cari mentari
Mohon murah hati sudilah berkongsi
Sedikit hebat yang dianugerah Ilahi
Kiranya kita saling memberi
Bersama menghargai sepakat memanfaati
Tidaklah sia-sia apabila kelak kembali.






Wednesday, November 04, 2015

Belajar subjek agama. Seronokkah?


Membina keseronokan dalam subjek agama. Akidah, Ibadah, Seerah dan Akhlak. Bermula dari tadika, keseronokan ini perlu dibangun dan dicipta. Ia bukan sekadar menghabiskan waktu mengajar selama 30 minit dengan bercerita, menyanyi, melakar, menyambung dot-dot dan mewarna. Tidak!

Ini ialah saat mereka mendengar setiap yang diceritakan dan visualkan di hadapan mereka. Bawa mereka bersama-sama masuk ke dalam cerita tersebut. Membangun kesedaran, kefahaman dan penghayatan dalam setiap apa yang diajar. Mungkin mereka tidak faham secara mendalam. Pun begitu, walau secara asas diajarkan, kita akan dapat melihat kesan dan impak kepada diri anak-anak didik. Insya Allah.

Contoh, ketika mengajar bab wuduk. Bermula dari niat berwuduk sehingga selesai kita ajar praktikalnya. Kita bawa mereka ke paip sehingga mereka benar-benar tahu bahawa setiap titis air yang mengalir di bahagian anggota wuduk itu akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak. Atau bab akhlak. Menunjukkan dengan lakonan. Ajak mereka sama-sama berlakon contoh akhlak mulia dan kesannya di kemudian hari kelak sehingga mereka tidak ragu-ragu melepaskan tabiat tidak baik yang diamal selama ini dan mengamalkan akhlak mulia, akhlak para Nabi.

Tuesday, November 03, 2015

Bagaimana ibu/bapa  menjalani sesi bercerita menggunakan buku atau tanpa buku bersama anak-anak? Bagaimana ibu/bapa melakukannya?