Tuesday, December 20, 2016

Gigih mengulang bacaan


Setiap kali mengulangi bacaan,

1. Meningkatkan kefahaman.

2. Lebih hadam isi bacaan.

3. Memahami dan melihat dari berbagai perspektif berbeza.

4. Menyalakan lampu idea.

     Tidak bernama Penulis sekiranya tidak bernama Pembaca.

#ezeerahmani





Sunday, December 18, 2016

Buku Syria


Dengan izin Allah jua, kini saya diberi kesempatan meneroka bumi Syria pula. Alhamdulillah.

Ada yang bertanya, bagaimana mampu menulis sedang kaki belum pernah menjejak buminya? Ya. Ia persoalan menarik.

Bagi saya yang belum mampu bergerak jauh, ada cara sendiri.
1. Dengan memanfaatkan sepenuhnya talian internet, saya meneroka dan menjelajah. Meletakkan diri di tempat yang saya mahu dan menarik segala rasa yang perlu di sekelilingnya sehingga menjelmakan keberadaan.

2. Buku-buku tidak kurang pentingnya. Membaca dan terus membaca segala yang berkaitan sehingga terbit rasa cinta kepada apa yang dibaca, menghadam sepenuhnya. Pengulangan dalam menelaah memberi impak yang berbaloi kerana setiap kali bacaan, kita dapat melihat dari perspektif yang berbeza.

3. Bertemu dengan mereka yang pernah sampai ke sana, mendengar cerita mereka dengan penuh minat dan meletakkan diri sama-sama di sisi mereka sepanjang penceritaan. Merasai setiap apa yang dibicara.

Ini hanya sebahagian daripada cara saya mengumpul data dan maklumat dalam berkarya. Paling penting, kita tahu, faham, dan jelas apa yang hendak ditulis.

Banyak lagi cara mengumpul informasi/fakta/berita/kisah yang perlu tanpa kita lupa setiap karya perlu ada jiwa. Dengan jiwa itu karya hidup dan mampu menyentuh jiwa-jiwa pembaca.


#prayforaleppo
#savealeppo



Wednesday, December 07, 2016

35 Batu Nautika


35 BATU NAUTIKA 

Alhamdulillah masih diberi peluang melibatkan diri dengan satu lagi projek penulisan di bawah Rose2Rose. Masih ingatkah Women's Boat to Gaza? 

Alhamdulillah. Travelog ini menceritakan pengalaman sepanjang misi WBG berjalan. Bermula dengan cerita di sebalik tabir, persiapan untuk melaksanakan misi, sehinggalah tamat misi. Misi ini berakhir dengan kejayaan.

Buku ini ditulis, bagi menyambung misi Women's Boat to Gaza, untuk menyedarkan masyarakat tentang kepungan haram Israel ke atas GAZA yang memasuki tahun kesepuluh!