Sunday, March 29, 2015

Kita datang dan kita pergi

28/3/15 Pagi Jumaat yang cerah dan dingin, bagai memberi rasa nyaman kepada adindaku, Engku Mohd Azlan pergi meneruskan perjalanannya menemui Yang Maha Pencipta. Innalillahi wainnailaihi roojiuun. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.

Kami doakan, isteri dan anak-anak dilipat gandakan kesabaran dan kekuatan bagi meneruskan kehidupan tanpa orang tercinta sisi. InsyaAllah, sama-sama kita saling bahu membahu.

Al Fatihah.


Thursday, March 19, 2015

SENYUM :)

Senyum. Ekspresi tanpa suara. Mempamerkan rasa senang, gembira, dan suka, dengan menarik bibir memanjang ke kedua-dua belah pipi. Mudah. Percuma. Namun, mempunyai nilai ibadah yang tinggi.

Senyuman kamu kepada saudara kamu itu sedekah. (Hadis direkodkan oleh Sahih Ibn Hibban)

David Song dari Universiti Chicago Hospital, seorang pakar pembedahan plastik, dalam kajiannya berkata, ketika tersenyum, otot mata mengerut, dua otot bibir tertarik, otot di sekitar hidung juga, dua otot di hujung mulut bergerak naik, dan dua otot lagi membuat bibir melebar. Kesemuanya berjumlah, 12 otot wajah bergerak ketika seseorang tersenyum. Sementara senyuman palsu hanya menggerakkan dua otot di hujung mulut sahaja.

Janganlah sekali-kali kamu meremehkan sesuatu kebaikan, walau pun ia hanya sekadar menemui saudaramu dengan wajah ceria. (Hadis direkodkan oleh Muslim)


:)

Monday, March 09, 2015

Monday, March 02, 2015

Soal dan Jawab

Soal:    Puan penulis buku remaja dan kanak-kanak?

Jawab: Ya. Saya penulis buku remaja dan kanak-kanak.

Soal:     Adakah puan berbangga dikenali sebagai penulis buku remaja dan kanak-kanak?

Jawab:  Ya. Sudah tentu saya berbangga.

Soal:     Boleh saya tahu, apa kebanggaan menjadi penulis buku remaja dan kanak-kanak?

Jawab:  Banyak kebanggaannya. Pertamanya, anak-anak ini ialah ahli-ahli syurga. Mereka bersih seumpama kain putih. Saya rasa bertuah diberi peluang menyediakan hidangan untuk ahli-ahli syurga ini. Sekiranya, seorang chef berasa bertuah menghidang masakannya untuk para pembesar, VIP dan raja-raja, saya pula bertuah dapat menghidang makanan akal dan minda untuk ahli-ahli syurga ini.

Soal:    Sekiranya mereka ahli-ahli syurga, bagaimana pula dengan status kita?

Jawab:  Status kita kini, melayakkan diri menjadi calon syurga. Sekiranya hari ini kita meninggal, belum tentu kita ke mana. Sedangkan mereka itu pasti tempatnya di syurga.

Soal Jawab bersambung....