Tuesday, December 20, 2016

Gigih mengulang bacaan


Setiap kali mengulangi bacaan,

1. Meningkatkan kefahaman.

2. Lebih hadam isi bacaan.

3. Memahami dan melihat dari berbagai perspektif berbeza.

4. Menyalakan lampu idea.

     Tidak bernama Penulis sekiranya tidak bernama Pembaca.

#ezeerahmani





Sunday, December 18, 2016

Buku Syria


Dengan izin Allah jua, kini saya diberi kesempatan meneroka bumi Syria pula. Alhamdulillah.

Ada yang bertanya, bagaimana mampu menulis sedang kaki belum pernah menjejak buminya? Ya. Ia persoalan menarik.

Bagi saya yang belum mampu bergerak jauh, ada cara sendiri.
1. Dengan memanfaatkan sepenuhnya talian internet, saya meneroka dan menjelajah. Meletakkan diri di tempat yang saya mahu dan menarik segala rasa yang perlu di sekelilingnya sehingga menjelmakan keberadaan.

2. Buku-buku tidak kurang pentingnya. Membaca dan terus membaca segala yang berkaitan sehingga terbit rasa cinta kepada apa yang dibaca, menghadam sepenuhnya. Pengulangan dalam menelaah memberi impak yang berbaloi kerana setiap kali bacaan, kita dapat melihat dari perspektif yang berbeza.

3. Bertemu dengan mereka yang pernah sampai ke sana, mendengar cerita mereka dengan penuh minat dan meletakkan diri sama-sama di sisi mereka sepanjang penceritaan. Merasai setiap apa yang dibicara.

Ini hanya sebahagian daripada cara saya mengumpul data dan maklumat dalam berkarya. Paling penting, kita tahu, faham, dan jelas apa yang hendak ditulis.

Banyak lagi cara mengumpul informasi/fakta/berita/kisah yang perlu tanpa kita lupa setiap karya perlu ada jiwa. Dengan jiwa itu karya hidup dan mampu menyentuh jiwa-jiwa pembaca.


#prayforaleppo
#savealeppo



Wednesday, December 07, 2016

35 Batu Nautika


35 BATU NAUTIKA 

Alhamdulillah masih diberi peluang melibatkan diri dengan satu lagi projek penulisan di bawah Rose2Rose. Masih ingatkah Women's Boat to Gaza? 

Alhamdulillah. Travelog ini menceritakan pengalaman sepanjang misi WBG berjalan. Bermula dengan cerita di sebalik tabir, persiapan untuk melaksanakan misi, sehinggalah tamat misi. Misi ini berakhir dengan kejayaan.

Buku ini ditulis, bagi menyambung misi Women's Boat to Gaza, untuk menyedarkan masyarakat tentang kepungan haram Israel ke atas GAZA yang memasuki tahun kesepuluh!



Wednesday, October 12, 2016

Travelog WBG (Women's Boat To Gaza)


Tiba-tiba sahaja gempar berita seorang warga Malaysia antara yang terlibat. Apakah yang sebenarnya berlaku?

Siapakah beliau? Bagaimana beliau terpilih di antara ribuan wanita di Asia Tenggara?

Apa pula pandangan para ilmuan agama terhadap misi ini?

Semua orang ingin tahu, bagaimana 'beliau' dengan rela menyertai misi WBG sebaik sahaja mendapat restu suami tercinta?

Apa lagi persoalan yang bermain di fikiran anda tentang WBG?

Apakah yang anda ingin tahu tentang WBG?

* Saya mengalu-alukan lontaran idea dalam menjayakan Travelog WBG ini.
   ezeerahmani@yahoo.com


Saturday, September 24, 2016

'Happy Ending'



Bagaimana kita mendefinisikan 'happy ending' sesebuah karya samada cerpen atau novel?




Gambar dari carian google. Terima kasih.







Sunday, August 28, 2016

Bangkit Gaza


Novel ini masih panas. Seperti Tempur di Gaza, Bangkit Gaza terus berkongsi rasa bagi tidak mengenal erti putus asa. Terus berusaha sehingga ke hujung nyawa dan meminta kepada Yang Maha Pencipta.
Sukar mendapatkan Bangkit Gaza? Emel: ezeerahmani@yahoo.com




Saturday, August 20, 2016

Labbaik Allah...




Musim haji tiba lagi...

Salam kembara wahai tetamu-tetamu Allah
Jauhnya berjalan samudra diredah
Taat dan patuh penuh pasrah
Hanya mencari redhaMu ya Allah.


Tuesday, August 16, 2016

Bangkit Gaza





Kisah suka-duka Gaza bersambung lagi. Bangkit Gaza sambungan Tempur di Gaza. Sesiapa yang berminat boleh emel kepada ezeerahmani@yahoo.com.

Wednesday, August 10, 2016



Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya orang-orang kafir menurut perkara yang salah, dan sesungguhnya orang-orang beriman menurut perkara yang benr daripada Tuhan mereka. Demikianlah Allah menerangkan kepada umat manusia akan sifat dan akibat bawaan mereka masing-masing.
                                                                                                                           (Surah Muhammad 47:3)




Monday, August 01, 2016



Seorang demi seorang daripada kaum kerabat dan sahabat-handai pergi. Pergi yang tidak kembali lagi di sisi kita. Sungguh, perjalanan ini bukan terhenti tatkala nyawa dipisah dari badan. Namun ia terus berlangsung ke fasa-fasa seterusnya sehingga tiba ke destinasi, perkampungan abadi.

Perkara yang paling mengerikan dan mencemaskan ialah adanya dua perkampungan abadi. Ke manakah pula noktah kembara kita? Ke syurgakah atau ke neraka?

Walau dengan mengheret sekian beban dosa sekali pun, kita tetap mengharap bahawa kampung abadi kita ialah Syurga.

Menoleh ke belakang, Ramadan berlalu pergi. Menitipkan sekian banyak amal bagi diteruskan di bulan-bulan seterusnya sehingga dipertemukan kembali.

Sama-sama kita bermohon kepada Allah, agar kita terus istiqomah dalam meraih redhoNya.





Monday, July 25, 2016



Assalamualaikum,

Didoakan kita semua dalam situasi berkasih-sayang, sayang-menyayangi, lengkap-melengkapi, hormat-menghormati dan begitulah seterusnya, dalam persekitaran positif yang berpanjangan dan berterusan. Alhamdulillah.







Sunday, March 27, 2016

Saya sayang saya

Saya menyayangi diri saya.
Saya menghargai diri saya.
Saya merai diri saya.
Saya menjaga diri saya.
Siapa saya?

Satu roh satu jasad
Bukan pemilik mutlak
Melainkan diamanah mengurusi
Menggalas tanggung jawab
Di bumi Tuhan


Bagaimana saya menyayangi diri
Bagaimana saya menghargai diri
Bagaimana saya merai diri
Bagaimana saya menjaga diri
Bagaimana saya membawa diri



Thursday, February 18, 2016

Sebuah novel sejarah tentang bumi Gaza


Mendongak ke langit menyapa Matahari. Matahari sama yang menyaksi perjuangan di Bumi Gaza sejak dahulu. 
Alhamdulillah. Selesai manuskrip Gaza II.



Alam...

Lembut Angin membisik salam
Awan bergumpal menyimpul kasih
Matahari tersenyum menyimbah sinar
Bumi berdehem bertegur sapa.




Tuesday, January 26, 2016

Buku Latihan/Kerja Tadika

Wajarkah pelajar-pelajar comel dan manja ini dibebani dengan buku latihan/kerja umpama sekolah rendah?

Adakah setiap pembelajaran disertai alat bantu mengajar atau hanya buku latihan yang sarat isi kandungan bagaikan sekolah rendah?

Mengimbas semula:

Apakah sebenarnya objektif mereka ke tadika/taman asuhan kanak-kanak/tabika/taman bimbingan kanak-kanak?

Adakah 'taman' itu benar-benar 'ada'?

Adakah 'suasana taman' itu 'dirasai' oleh pelajar-pelajar yang melangkah ke dunia baru ini?

Monday, January 04, 2016

KEMBARA KUKU



Anak-anak sedang belajar membaca?
Boleh bimbing mereka menggunakan buku-buku cerita ini, di samping berkongsi kisah-kisah menarik di dalamnya.




Novel Gaza



Masih dalam proses akhir mengedit manuskrip novel Gaza 2, sambungan dari Tempur di Gaza. Sebuah kisah kehidupan luar biasa, menjadi saksi utama sejak zaman berzaman siapa penyebab Gaza tak kering bermandi darah.

Berbagai perasaan lahir sepanjang menulis dan mengedit novel 'panas' ini. Saya yakin perasaan yang sama akan lahir pada diri para pembaca peminat novel sejarah.



Buku Kerja/Latihan Tadika


Penerbit: WMZ Media Sdn Bhd.