Tuesday, December 29, 2009



Inilah Sarah dan kawan-kawan baiknya, Noni, Rozi dan Nora. Banyak lagi gambar-gambar watak dari novel Sarah dipaparkan dalam Diari Sarah yang sudah pun berada di pasaran. Yang mana satu Sarah?

Monday, December 28, 2009

Penutup tahun 2009




Diari Sarah menjadi penutup tirai 2009

Assalamualaikum, apa khabar semua? SEmoga pengunjung blog bicaraku-ez sentiasa sihat dan ceria. Hanya beberapa hari sahaja lagi kita melangkah ke tahun 2010. Musim cuti akan berakhir dan musim persekolahan bermula lagi. Bagaimana dengan persiapan persekolahan adik-adik? Cik Ez yakin semuanya sudah beres! Mari sama-sama kita mulakan tahun baharu ini dengan mengemaskan lagi azam kita agar menjadi seorang pelajar yang lebih rajin daripada tahun lepas.

Jauh di mata dekat di hati


Ini ialah Adik Nik Balqis Athirah binti Abdul Aziz. Salah seorang peminat tegar Ezee Rahmani. Siap membaca Adik Balqis akan memberi komen dan pandangan. Itulah yang menarik dengan peminat Ezee Rahmani yang seorang ini.

Gambar ini diambil ketika majlis perpisahan (beberapa hari sebelum saya berangkat ke Mekah) kerana Adik Balqis akan mengikut kedua ibu bapanya ke UK.

Hmmm.... sedang buat apa sekarang Adik Balqis? Sedang main bola salji? Seronoknya!!!

Sunday, December 27, 2009



Alhamdulillah, setinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Allah Taala yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tempoh selama 40 hari terasa begitu pantas berlalu dan kini musim haji 1430 turut melabuhkan tirai. Beratnya hati meninggalkan cinta dan rindu namun begitulah kehendakNya, cinta dan rindu masih boleh terus dipupuk dan dibaja walau di mana sahaja. Mudah-mudahan kami terus diberi kesempatan menjadi tetamuNya di masa hadapan.

Terima kasih kepada kaum keluarga, sahabat-handai dan semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan untuk kami. Hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Mudah-mudahan kita terus diberi kekuatan dan kesabaran berada di atas jalanNYa, amiin.