Wednesday, May 19, 2010

Lensa Buku@PTS.fm



Pagi tadi Cik Ez dijemput membuat rakaman bagi segmen Lensa Buku sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal. Rupa-rupanya kita semakin menghampiri bulan-bulan yang mulia ini. Semoga Allah memberi kesempatan kepada kita semua berada di bulan-bulan yang dirindui ini,amin...

Buku yang menjadi pilihan ialah Sarah dan Duit Raya. Dalam segmen tersebut Cik Ez ceritakan serba ringkas perjalanan novel ini, bagaimana Sarah dan adiknya mengisi 10 hari terakhir Ramadhan, bagaimana mereka menyambut raya di kampung dan bagaimana terujanya Sarah dan adiknya mengumpul duit raya dan paling suspen ialah mahu buat apa dengan duit raya itu. Simpan dalam akaun di bank seperti biasa? Belanja ibu, ayah, nenek, Mak Su dan Nabil? Belanja kawan-kawan baiknya atau apa?

Ikutilah kisah Sarah dan Duit Raya dan hayati bagaimana Sarah yang semakin matang, bijak membuat keputusan tentang duit raya yang dikumpulnya malah keputusannya itu berjaya mempengaruhi adiknya. Apa dan bagaimana?

Kenalah dapatkan siri terbaru ini, ya :)



Keluar dari studio rakaman, Cik Ez bertemu pula dengan Chef Hanieliza yang baru sahaja hendak memulakan operasinya di studio memasak. Sempatlah kami berbual-bual ringkas. Ketika itu ada kuih kegemaran Cik Ez, Kuih Lompat Tikam di hadapannya lalu beliau mempelawanya. Apa lagi, nyiru tapak tangan ditadahkan. Sungguh sedap, lemak berkrim. Terima kasih Puan Chef!

Sekiranya adik-adik semua hendak tahu,kisah kuih lompat tikam juga ada dalam novel Sarah dan Duit Raya sehingga timbul kekecohan antara Sarah dan adiknya. Bagaimana ia berlaku? Hmm... mestilah baca novel ini baru tahu :):):)

2 comments:

CastStory2008 said...

Tahniah Cik Ez, semoga Allah permudahkan segala urusan (make easy @Ez)dan menerima segalanya sebagai ibadah dan amal jariah, amin. Jika ada peluang, tempiaskan lah kepada miss data nih...Have a nice weekend.
(Kita jumpa di merata tempat, terkini seksyen 2, Shah Alam...masih kah kau ingat? heheheh!)

Do visit my humble blogs:
General Writing: http://permaikasturi-caststory.blogspot.com/
Youth / Teaching & Learning: http://permaikasturi.blogspot.com/
Book Review: http://caststory2008.blogspot.com/

ez said...

Ti, tentulah kak ez ingat. Kita berlari-lari mengejar pelangi :)))
Terima kasih sudi berkunjung ke sini.