Friday, April 09, 2010

Ezee Rahmani ke Sekolah Rendah Islam Al Amin, Bangi






Sempena hari sukan pada 3hb April baru-baru ini, Ezee Rahmani membuka gerai buku. Ini bukanlah kali pertama kami masuk ke Sekolah Al Amin ini kerana sejak tahun lepas sudah memulakannya.
Sungguh meriah dan seronok dapat melihat adik-adik berpeluh sakan berusaha sedaya mungkin melakukan yang terbaik. Hasilnya bergantungan di leher mereka medal-medal dan ada juga yang membawa pulang piala! Tahniah dan syabas di atas semangat kesukanan yang ditunjukkan. Lebih-lebih lagi di akhir perlawanan mereka saling berpelukan walau pun dari rumah sukan yang berbeza. Hmm... masam! he he he.
Semangat kesukanan yang super hebat!




Si Manis yang menjaga gerai itu ialah orang kanan juga orang kuat Ezee Rahmani!


p/s Maaf kepada adik-adik yang bergambar dengan Ezee Rahmani kerana gambar-gambar tidak dapat diupload kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Mohon maaf sekali lagi. Insya-Allah, di lain masa kita berjumpa lagi!

3 comments:

N.N said...

Kak Ez datang lah Sekolah rendah Islam Al amin Kuala Lumpur!!!!!!
{tak tahu pulak ada bangi} Sorry lah kak Ez sata x baca buku kak ez pon saya dah tahu!!!

ez said...

Anak-anak Cik Ez bekas pelajar di Al Amin KL dan Al Amin Gombak. Hmm...rindu juga nak jenguk ke sana. Sampaikan salam kepada Cikgu Wardah, Cikgu Noraini,Cikgu Suraiti, ya.

N.N said...

Boleh aje........