Tuesday, May 15, 2007

Silap rumah!

Perjalanan ke rumah Datuk Amir hanya mengambil masa tiga puluh minit sahaja. TEngku Mahsuri memandu keretanya.

"Sunyi sepi sahaja rumah bos! Betulkah malam ini atau awak tersilap dengar?" tanya Nuha sambil memerhatikan sekeliling halaman rumah Datuk Amir sebaik sahaja injin kereta dimatikan.

Mereka membuka pintu kereta dan saling berpandangan. Memang sunyi sepi sahaja rumahnya.

"Saya yakin Datuk Amir cakap malam ini!"

"Sudah sampai. Elok kita jumpa Datin Suri sahaja," cadang Azizah.

Mereka semua bersetuju. Loceng ditekan dan muncul Datin Suri dengan tersenyum lebar menyambut kedatangan mereka. Selesai bertanya khabar, Tengku Mahsuri menyatakan tujuan mereka datang. Azizah, Nuha dan Rosni hanya tumpang menambah dan mengangguk mengiakan kata-kata Tengku Mahsuri.

"Kata Datuk, malam ini ada kenduri doa selamat."

"Disuruhnya kami datang bantu apa-apa yang patut," sampuk NUha.

"Kenduri doa selamat?" tanya Datin Suri kembali. Seketika dia termenung. "Rasanya kamu semua salah rumah!"

Tengku Mahsuri dan teman sepejabatnya saling berpandangan. Terkedu! Tanpa banyak bicara lagi, mereka segera minta izin beredar. Bergegas mereka masuk ke kereta.

"Cepat telefon Datuk! tanya dia rumah yang mana satu!" hampir menjerit Azizah memberikan pandangannya sebaik sahaja masuk ke kereta semula.

Tengku Mahsuri menurut sahaja tanpa membantah. Mereka yang lain melopong mendengar suara Tengku Mahsuri berbual dengan bos mereka di telefon bimbit.

"Apa kata Datuk?" cepat-cepat Rosni bertanya dari tempat duduknya di belakang sebaik Tengku Mahsuri mematikan telefon bimbitnya.

Mereka memandang muka Tengku Mahsuri yang mencuka. Tentunya dia kena marah oleh bos!

"Silap rumah!"

"Saya sudah agak!" balas Rosni sambil ketawa terkekek-kekek.

"Ini mesti kes silap rumah!"

"Habis! Rumah yang nombor berapa?" tanya Azizah pula. Dia berusaha menahan gelaknya.

"Rumah nombor tiga!"

"Ha ha ha ha!" gelak mereka bertiga.

Tengku Mahsuri menjeling. "Seronoklah kamu semua. Saya yang kena marah!"

Azizah menepuk bahu Tengku Mahsuri yang mula menghidupkan injin keretanya. "Lain kali tanya sehingga jelas. Bukan awak tidak tahu bos kita ada empat rumah. Rumah yang mana satu!"

Sekali lagi mereka ketawa. Kereta ford kelabu kepunyaan Tengku Mahsuri mula beredar meninggalkan rumah nombor satu Datuk Amir.

"Kita ke sana sekarang?" tanya NUha yang duduk di sebelah Tengku Mahsuri. "Ke rumah nombor tiga?"

Tengku Mahsuri menggelengkan kepalanya. "Datuk suruh balik ofis!"

10 comments:

Abang Long said...

saya pula lebih banyak menghabiskan masa dirumah kedua ...

Latiptalib said...

Ez tersilap rumah?. tapi seronok juga kalau dapat makan banyak kali.

Nak tanya Ez, (berbisik) Abang Long ada rumah kedua?

ez said...

Sdr Abg LOng dan Pak Latip,
Ya. Tersilap rumah. Banyak sangat rumah-rumah!

Pak Latip, Sdr Abg Long ada rumah kedua?....opis la tu agaknya. betul kan Abg Long?

Imran Yusuf said...

Bagi orang yang ada rumah-rumah yang tidak rasmi,....lagi banyka rumah mereka..sehingga terlupa berapa buah...ehehehe

Rislah said...

Tn Alang, jangan termasuk rumah mayat sudah ler.

Abang Long said...

Wahai Puan Ez dan Kekanda Latip. Tepat sekali tekaan itu. Rumah kedua adinda adalah pejabat. (biarlah isteri seorang sahaja, tak susah nak jaga, tak pening kepala) hehehehehe ....

Yang bernama Siti said...

Ha ha ha... Mujur tak kena sembur dengan Datin tu juga.

Latiptalib said...

Ada orang kata rumah banyak tak mengapa asalkan orang rumah tak banyak hehehe

ez said...

Sdr Alang, Rumah-rumah rasmi tu maksudnya apa ya?

Sdr Abu, kalau dah termasuk ke situ dah tak ke mana lagi Datuk Amir.

Sdr Abg Long, memang tepat tekaan saya tu kan...pejabat. Isteri Abg Long tak risau lagi mcm tu.

Sdr Siti, memang Datin tak sembur tapi jelingannya cukup membuat kami menggeletar....pecahkan rahsia bos!

Pak Latip, betul tu. orang kata long term investment. Belilah rumah banyak-banyak.

Anonymous said...

World Of Warcraft gold for cheap
wow power leveling,
wow gold,
wow gold,
wow power leveling,
wow power leveling,
world of warcraft power leveling,
world of warcraft power leveling
wow power leveling,
cheap wow gold,
cheap wow gold,
buy wow gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold
buy cheap World Of Warcraft gold e3t6z7gi