Sunday, May 06, 2007

Berakhirnya sebuah pesta...



Lambakan buku pelbagai pilihan
Jurujual melayan ramah sekali
Pilih adik! Pilih kakak! Mari beli!
Harga istimewa potongan 20%!

Berakhir sudah sebuah pesta
Pesta buku antarabangsa
Menemukan penulis dengan pembaca
Buku menjadi pengantara

5 comments:

mba2u said...

Otak kita sama-sama hijau. Terima kasih atas kunjungan :)

Suhana said...

kak ezee,
baru balik kursus, baru dpt emel kak ezee di yahoo, terus click sini :)
doakan kak ezee terus berjaya dan kita semua bersihkan hati.

Kusyi Hirdan
www.jendelaku.com

Yang bernama Siti said...

Salam Ezee,

Terima kasih ambilkan saya satu buku penarik tu.

Cuma satu saya cari tak jumpa dalam laporan-laporan Pesta Buku. Gambar pari-pari yang mengedarkan buku penarik tu.

Latiptalib said...

Ezree,

sampaikan salam saya kepada anak Ezree yang baca novel Salahudin sampai khatam 3 kali.

Semoga dia dapat mencontohi semangat pahlawan terbilang itu untuk berjaya dalam hidupnya.

ez said...

Sdr MBA, ya sama otak hijau. Terima kasih kembali.

Puan Kusyi, sama-sama doakan kejayaan dunia akhirat, ya.

Cik Siti, Terima kasih kembali. Susah nak ambil gambar pari-pari sebab mereka berterbangan.

Pak Latip, Ya salam sudah diperpanjangkan. Anak saya tersenyum bangga terima salam daripada seorang sasterawan. Terima kasih.