Saturday, May 05, 2007

Sekalung Tahniah


Saya hanya berpeluang berada di booth PTS selama 3 hari sepanjang berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa 2007. Iaitu pada hari ahad, khamis dan sabtu.

Saya dan penulis-penulis lain hadir bagi sesi autograf dengan peminat di samping mempromosi buku-buku kami. Walaupun ada perasaan segan menjual buku sendiri namun kami tebalkan muka dan cuba melawan perasaan tersebut. Benar kata Puan Sifu PTS, segan dan malu biar bertempat. Apabila buku terjual terasa sungguh seronok. Kami saling mempromosi buku-buku kami kepada pengunjung. Ia merupakan satu pengalaman yang menarik. Di samping itu masa terluang kami berpeluang berbual dan bertukar-tukar pandangan.
Hari pertama iaitu hari ahad, saya bersama Puan Kusyi Hirdan, Puan Saridah dan Cik Majidah. Hari ke dua saya di booth PTS ialah hari khamis. Bersama saya ialah Puan Saridah, Puan Kusyi Hirdan. Hari terakhir saya di sana ialah hari sabtu. Saya bertuah dapat berkenalan dengan Pak Latip. Puan Saridah dan Puan Ainin Naufal turut hadir. Sebelum saya beredar penulis jibunsyi Biarkan Ia Terbang iaitu Puan Norehan muncul. Tetapi sayang saya hanya sempat berbual sekejap sahaja.

Staf PTS pula sepanjang tempoh itu sentiasa ceria dan segar serta ramah tamah melayani kerenah pelanggan. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada anda semua!

Kepada yang telah membeli buku-buku saya, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda semua. Sebarang pandangan dan komen silalah emelkan kepada saya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih.
Kepada rakan-rakan penulis, saya tolong ambilkan 10 buah teaser puisi Koleksi Indah Puisi Cinta untuk sdr/sdri sekalian. Siapa lagi yang hendak saya simpankan untuknya?

6 comments:

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum,

Masih belum terlambat bagi saya mengucapkan "Syabas" dan "Tahniah" di atas usaha gigih!

Saya sebenarnya telah pergi ke blog lama Puan Ez...padanlah! Saya tersesat rupanya!

Tidak mengapa...saya letakkan blog Puan yang ini dalam senarai "favourite" saya dan terima kasih di atas liputan serba sedikit di PWTC...

Wasalam

ez said...

Waalaikumsalam whbt,

Terima kasih, Prof Umi. Semuanya atas dorongan kalian semua juga. Kepada Allah jua dikembalikan segala puji-pujian.

Imran Yusuf said...

Puan EZ,

Tolong simpankan Teaser Puisi untuk saya, kerana saya belum mengambilnya.

Terima kasih.

mba2u said...

Puan EZ;

Saya juga mahu satu Teaser Puisi tersebut.

(layak ke saya ni?. Saya bukan penulis, tapi pembaca).

Pastinya, AAK said...

Salam Puan EZ,

Saya juga nak satu Teaser Puisi tersebut ... saya nak simpan ...hehehhe .

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Puan Ez, saya nak satu teaser itu.. Terima kasih.