Saturday, February 17, 2007

Rindu kekasih

Rindu Kekasih

Aku merenung di dada langit
Menatap malam cerah disinar bulan
Walaupun tanpa dipagari bintang berjuta
Namun cahayamu menyimbah ke wajahku.

Aku termanggu sendiri
Meratap rindu kepada kekasih
Betapa mampuku bisikkan rasa
Ratapan rindu di bawah sinar rembulan.

Bilakah kita bertemu kembali
Saling mencurah rindu terpendam
Mengungkap kata mengatur bahasa
Menyalur rasa penuh beradab.

Alangkah bahagia tika kita
Bersama sujud di sepertiga malam
Mengadu cinta kepada yang satu
Meluah harapan membina cita.

4 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum,
Tahniah kepada Puan Ez kerana sudah berjaya menghasilkan beberapa bahan ilmiah untuk tatapan pembaca di luar sana. Sajak 'Rindu Kekasih' ini begitu menyentuh jiwa kewanitaan saya. Semoga terus sukses dalam dunia penulisan... AMIN:)

ez said...

Cik Ashikin,
Waalaikumsalam whbt. Terima kasih di atas kunjungan. Terima kasih juga di atas kerjasama mesra sepanjang setahun jagung saya melibatkan diri di dalam penulisan kreatif ini. :)