Wednesday, May 07, 2008

Musim peperiksaan menjelang tiba

"Belajar rajin-rajin. Peperiksaan makin hampir!" pesan Mak Su.
Tiba-tiba Amin mendekati Mak Su yang sedang berbual dengan Makcik Sarimah. "Ada hadiah sekiranya keputusan peperiksaan kami cemerlang?"
Serentak itu Mak Su tergelak manakala Makcik Sarimah menjengilkan biji matanya. "Amin, elokkah bertanya begitu kepada Mak Su. Bukankah apa yang kamu belajar itu untuk masa depan kamu juga?"
"Biarkanlah dia. Baiklah. Sekiranya kamu berdua mendapat keputusan yang cemerlang, Mak Su belikan hadiah!"
Bersoraklah Amin apabila mendengar janji Mak Su itu.
"Bagaimana pula dengan saya?" tanya Sarah tersengih-sengih.
"Kamu jugalah!"
Kali ini sorakkan lebih gamat lagi. Kedua-dua beradik bersorak sehingga terlupa suara mereka didengari sehingga ke rumah jiran. "Kalau ya pun seronok, janganlah sampai begitu sekali riuhnya!" tegur Pakcik Jamal sebaik sahaja meninjau ke halaman.
Hmm... sudah mula ulangkaji?

1 comment:

Abang Long said...

Minggu peperiksaan baru sahaja selesai ... tetapi seperti biasa ... mereka menuggu pula cuti sekolah ...alahaiiiiii