Monday, September 24, 2007

Teka teki

Guru tadika itu menyerahkan beberapa keping gambar binatang dan pokok bagi ditampal ke kertas lukisan masing-masing. Seorang murid ternyata menghasilkan satu tampalan yang lain dari teman-temannya. Sudahlah satu permukaan lukisan basah oleh curahan gam yang melebihi dari yang diperlukan. Sedangkan, gurunya sudah jelaskan sapukan gam ke belakang gambar sahaja.

Hasil kerjanya itu ialah dua ekor gajah saling berhadapan. Seekor berdiri tegak, seekor lagi dalam posisi berbalik. Umpama bas terbalik dan semua tayarnya ke atas... Manakala beberapa batang pokok pula ada yang tegak dan banyak yang ditampal melintang. Pokok tumbang? Ada sebatang pokok yang sengaja dikerat dua dan pangkalnya tegak manakala bahagian pucuk dibiarkan dalam posisi tumbang...

Agaknya mengapa gajah itu tertampal dalam posisi terbalik, pokok dikerat dan sebagainya?

3 comments:

Yang bernama Siti said...

Salam,

Gajah dua ekor tu baru lepas bergaduh. Sebab tu yang kalah dah mati, dan pokok-pokok di sekeliling tu habis patah dan tumbang.

ARazak Ngah said...

Gajah yang seekor tu mati kerana makan racun, gajah lain tengok sahaja kerana dak boleh buat apa apa. pokok yang patah tu sebab kena ribut pada malan tadi

www.enai10.com
free submit link directory

Jun said...

haahaahaa...jun tgh pening ni..x leh pk..tp kelako gak jawapan2 tu..