Friday, September 07, 2007

Teka-teki

Ketika makan malam semalam, anak lelaki saya mengajukan beberapa teka-teki. Saya paparkan salah satunya.

Ada 100 ekor burung bertenggek di sebatang pokok rendang. Seorang pemburu mengacukan senapangnya dan menembak. Sasarannya mengena. Jatuhlah seekor daripadanya. Berapa ekor burung yang masih ada di pokok rendang itu?

Siapa boleh jawab teka-teki ini? Angkat tangan!

8 comments:

Yang bernama Siti said...

Saya! Saya! (angkat tangan sambil lambai-lambai dan lompat-lompat)

Jawapannya, tak ada seekor pun yang tinggal. Sebab semua dah terbang sebab tokojut.

Ha, apa hadiah saya? Penginapan dua hari satu malam di Impiana Cherating pun ok, he he he...

Latiptalib said...

Saya nak jawap (sambil angkat tangan tinggi2)

Seekor burung saja yang tinggal iaitu burung yang kena tembak sebab burung yang lain terbang...hehehe.

Apa hadiahnya?. Ez belanja saya makan nasi kandar hehe.

ez said...

Dua-dua betul. Hadiah? he he he Ini soalan terkumpul. Baru satu jawab tu. Kumpulkan jawapan anda, ya!
Selamat berpuasa, semoga setiap detik di bulan mulia ini dipenuhi dengan zikrullah...terus diamalkan di bulan-bulan seterusnya. Amin.

ez said...

Dua-dua betul. Hadiah? he he he Ini soalan terkumpul. Baru satu jawab tu. Kumpulkan jawapan anda, ya!
Selamat berpuasa, semoga setiap detik di bulan mulia ini dipenuhi dengan zikrullah...terus diamalkan di bulan-bulan seterusnya. Amin.

Suhana said...

alamak. lambat jawab orang lain dah jawab betul.

tak apa, saya tunggu soalan terkumpul seterusnya. dengar khbar hadiahnya proton persona... hehehe

Mersik said...

Ooooo pokcik pun nak jawab gak..

Errr.. ada lah lagi beberapa ekor burung yg mati jugak.. sbb mati terkejut.. kekeke maklom la ada darah tinggi, sakit jantung kekekek..

Dan pemburunya pun hairan lalu "mati" akal kekekek

Alahaiii

Alahaii..

NURAZZAH8 said...

ez, maaf lama tak menjenguk ke sini... apa khabar? sihat... hurm...orang lain dah jawab dulu... takpa saya tunggu soalan lain pulak... SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK...

Unknown said...

eh, tak tepat jawapan tu. Ada 2 ekor burung yang tinggal. Sekor yg dh mati. 'sekor' lagi pemburu punya!hahaha.