Saturday, February 28, 2009


Sebuah lagi novel tulisan Ezee Rahmani yang mengisahkan Fitri dan Balqis, dua adik-beradik yang tinggal di pinggir bandar. Fitri merangka satu kertas kerja dengan ayahnya untuk membela 30 ekor ayam kampung. Ayah dan ibunya turut memberi bantuan bagi mereka memulakan projek.
Tanpa disangka-sangka usaha mereka dipuji oleh guru dan penduduk kampung. Permintaan ayam kampung juga makin bertambah.
Usaha murni mereka dibenci oleh Ali, rakan sekelas Fitri. Ali membuat pelbagai masalah termasuk mencuri duit Fitri.
Balqis mengalami masalah kerana sudah mula menyayangi ayam-ayam yang dipeliharanya.
Ayah mereka pula menetapkan syarat lulus semua subjek dengan cemerlang barulah mereka boleh meneruskan projek sedangkan Fitri ada gagal dalam beberapa subjek sebelum ini. Dapatkah mereka mengatasi masalah mereka?

3 comments:

Unknown said...

Salam Mak Cik EZ...
Opah nak ucapkan tahniah buku baru keluar. Produktif gitu. Biar meletup-letup lagi buku Mak Cik EZ ni... mwah.

Ultraman said...

Salam Kak ez...
Tahniah eh keluar juga buku baru

Unknown said...

UMI NUN, KALAU BACA SINOPSIS PUN DAH BEST MESTI DALAM BUKU LAGI BEST. BAGILAH PERCUMA KAT ALONG DENGAN KAKAK NI. HEHEHE..........