Tuesday, January 01, 2008

Jus!

Segar-segarkan diri dengan menyediakan jus sayuran yang senang dicapai. Bayam? Kobis? Karot? Kangkong? Mentimun? Semuanya boleh dibuat jus!

Mentimun atau timun sahaja kaya dengan mineral, protin, lemak, serat dan kabohidrat. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus, besi dan vitamin C dan mempunyai kandungan alkali serta asid.

Kami lebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir, 13:4

Sungguh hebat bukan? Kemampuan timun ialah merawat gastrik, ulser dan kekerapan membuang air kecil. Penyediaannya? Mudah sahaja. Kupas kulitnya dan bersihkan. Kisar bersama air masak dan sedikit gula. Masukkan beberapa ketul ais jika suka.

Jika durian dikenali sebagai raja buah-buahan, petai pula terkenal sebagai raja ulam-ulaman, siapa pula raja sayuran? Bayam! Ia mengandungi segala zat yang diperlukan oleh seorang manusia mengekalkan tahap kesihatannya. Kemampuan melindungi badan kita daripada pelbagai jenis penyakit. Merawat lesu, letih tidak bermaya, anemia dan kerap demam. Juga merawat kulit muka, rambut, kepala, sakit gusi dan sembelit. Selain goreng atau sup elok juga tukar-tukar cara memasaknya.

Penyediaan jus bayam cukup mudah! Bersihkan bayam. Kisar bersama air masak. Tapis dan campurkan sedikit madu. Campur ais jika suka.

Selamat mencuba!

Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu, 2:29

2 comments:

MYA MARJA said...

Terima kasih kerana mengingatkan akan khasiat jus sayur-sayuran ini. Tahu tapi malas nak buat. Manusia macam itulah. Sama juga kita yang tahu bahawa solat berjemaah itu 27 kali ganda pahalanya berbanding solat sendirian, tapi malas nak buat...

Yang bernama Siti said...

Salam Ezee,

Dalam buku tentang jus sayuran yang saya miliki, kulit tidak perlu dibuang. Kisar semuanya sekali dan hampasnya dibuang tidak dimakan. Ini kerana perut tidak berupaya mencerna semuanya.

Jus juga perlu diminum dalam tempoh 15 minit setelah dikisar. Jika lebih daripada itu khasiatnya akan menurun dan hilang.

Apa pun minum jus sayuran memang bagus. Dan betul kata Mya, malas nak buat sebab leceh, he he he...