Sunday, November 12, 2006

Selepas Raya....


Khabarnya, banyak kawan-kawan kita selepas raya ini, sakit kepala, demam, selsema,tidak lena tidur dan sebagainya. Maklumlah pulang ke kampung halaman, berubah cuaca, suasana lagi pun jerebu ketika itu masih melanda tetapi syukurlah di selang seli dengan hujan rahmat Syawal membuatkan jerebu berlalu pergi.

Bagi yang masih tidak sihat, cubalah petua warisan bonda ini, mudah-mudahan beransur pulih.
Manfaat paling besar yang dimiliki oleh sayur bayam yang dikenali sebagai raja sayuran adalah ia mampu mengubati rasa lesu, letih dan tidak bermaya. Ini ialah tanda-tanda kurang darah atau anemia. Cara menyediakannya ialah, masukkan bayam yang siap dibersihkan dan segelas air masak ke dalam blender. Kemudian, tapiskannya ke dalam gelas dan memasukkan sesudu madu ke dalamnya. Siap Jus bayam! Yum Yum!
Bayam juga mampu merawat kulit muka, rambut dan kepala, merawat sakit gusi dan sembelit. Begitu hebatnya bayam diciptakan oleh Allah untuk kita semua manfaatkan.

8 comments:

Ariyatna Adri said...

sedapnya bayam masak air cicah sambal belacan, nasi panas, ikan masin...huhuhu.lapar...

ada komen kat entri sebelum tau. ;)

ez said...

Ariyatna, tiba-tiba sahaja akak terasa lapar! :)

Unknown said...

bayam masak air sedap di makan pada musim panas. Lebih elok lagi dimakan lepas raya ni dengan ikan kering, sebab dh jemu makan makanan berlemak masa raya tu.

ez said...

Ainin, betul tu. kalau masak rebus bayam, hirup sekali kuahnya. Banyak zat pd kuahnya. jangan lupa buat jus bayam juga! Sedap mcm jus kiwi :)

Unknown said...

Ye ke kak ez? Nak cubalah esok. Saya memang pastikan sayur bayam selalu jadi ulam ketika makan dengan suami. Tak tahu pula boleh dibuat jus... hu hu... boleh cerahkan kulit tak? He he he...

ez said...

Nur Raina, cuba jangan tak cuba jus bayam tu :)

Unknown said...

Kak ez, salam. Saya nak beri feedback tentang jus sayur bayam ini. Memang betul apa yang kak ez kata. Memang berkesan. Sebaik saja kami suami isteri menghirup jus bayam yang dicampur madu (dan rasanya seperti rasa air tebu + kiwi)kami merasa puas yang teramat sangat. Alhamdulillah. Tak pernah kami rasa the satisfaction yang kami perolehi daripada meminum jus-jus yang lain. Kemudian, bladder berfungsi dengan baik sekali. Tak payah nak teran-teran atau berkerut-kerut muka utk ssssssssyyyyyy... hu hu. Terima kasih Mak Dukun. Kalau ada petua lain lagi, tulis dalam blog ini. Mudah-mudahan dapat membantu orang-orang yang perlukan bantuan... hu hu... Esok, nak pergi ke Coles, beli lima paket bayam...

ez said...

Raina, betul tu ada rasa air tebu jugak. minumlah selalu terutama badan terasa lemah dan tidak bermaya untuk menulis :)