Monday, November 13, 2006

Ramadhan pergi jua


Aku menoleh ke hari hari kelmarin
Langkah langkah ramadhan ku imbaui
Betapa cepat ia berlalu
Sehingga kini di penghujung pertemuan

Berat hati ku melepaskan
Ramadhan pergi tanpa upaya ditahan
Terasa baru seketika bersama
Kini sudah bersurai pergi

Belum puas rasa hati
Bersama Ramadhan tetamu mulia
Siang malam dilimpahi rahmat
Manakan sama tetamu yang lain

Seperti semalam ia hadir
Mengisi hari hari begitu pantas
Tak terasa begitu cepat masa berlalu
30 hari mencukup lawatan

Air mata sebak mengalir lalu
Melepaskan ramadhan yang bersiap pergi
Dapatkah kita bersua lagi
Di pertemuan ramadhan yang akan datang?

Oh…
Ramadhan…

3 comments:

Yin Areesa said...

Salamalaik...
Biarkan ramadhan pergi, kerana itu sunnahtullah, namun jgn sesekali biarkan semangat Ramadhan pergi drp hatimu...

ufukhati said...

Memang orang yang menghayati Ramadhan sebenar-benarnya, rasa sayu dan sedih dengan berkahirnya Ramadhan.

Apapun, biarlah dia pergi. Kita cuba hanyati "pendidikan" yang kita terima selama berada dalam Ramadhan itu.

Saya suka puisi ez itu. Tulis lagi dan lagi.

ez said...

Shafriza, Ya. Pastikan semangat Ramadhan terus menular di dalam diri kita.

Tuan Dharma, memang sedih dan sayu. Apa pun semoga amalan sepanjang bulan Ramadhan berterusan ke sebelas bulan mendatang.