Friday, November 09, 2012

Bercerita sebelum tidur: Puji anak

Setiap kali anak-anak memberi respon kepada apa yang diceritakan, jangan lupa memuji-muji mereka. Ucapkan kata-kata yang membuat mereka menjadi lebih seronok menumpukan perhatian kepada cerita. Biasanya anak-anak suka mengulang-ulang apa yang ibu bapa sebut.

Ada ketikanya mereka cuba meneka apa yang akan terjadi selepas itu. Puji keberanian mereka. Puji kreativiti mereka meneka walau pun ianya salah atau tidak tepat. Abaikan yang salah dan raikan tindakan mereka walau pun ianya hanya perkara remeh-temeh. Dengan cara ini sesi bercerita menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak.

2 comments:

Husna Adnan said...

Terima kasih atas entri ini, Kak Ezee! Sangat bermanfaat. ^_^

ez said...

Terima kasih juga kepada Cikpuan Husna yang manis kerana sudi berkunjung ke laman bicaraku-ez :)