Monday, October 05, 2009

11+3

Novel pertama Ezee Rahmani berjudul KAWAN, berjaya diterbitkan pada 27hb November 2006. Sedar tak sedar, sehingga ke tarikh 27hb Ogos 2009, sebelas novel Ezee Rahmani sudah diterbitkan. Novel-novel itu ialah;

1. Kawan
2. Sarah dan Kasut Tumit Tinggi
3. Abang, Adik dan Kasut
4. Sarah dan Anting-anting
5. Ketua Bilik LA 101
6. Kerana Takdir-Nya
7. Sarah dan Bunga Mawar
8. Abang, Adik dan Ayam
9. Hikayat Putera Alang Dhamiri
10.Puteri Kristal
11.Sarah dan Senduk

Manakala adaptasi kisah teladan ialah;

1.31 Kisah Teladan:Usaha Burung Pipit
2.Indahnya Cinta (Kisah-kisah Kekasih Allah)
3.31 Kisah Teladan:Penghuni Langit ketujuh

Alhamdulillah. Terima kasih kepada mentor saya, Puan Ainon Mohd dan kawan-kawan seperjuangan yang sering berkongsi ilmu dan bertukar-tukar fikiran dalam menambahbaikan lagi setiap karya yang diterbitkan.

Mudah-mudahan sedikit usaha ini mampu memberi inspirasi kepada pembaca terutamanya remaja yang disayangi sekalian.

Semua novel Ezee Rahmani sudah ada dalam koleksi anda?

2 comments:

Imran Yusuf said...

Assalamu'alaikum Puan EZ,

Syabas & tahniah...

Semoga terus berkarya...

kasthuri said...

hello, Puan EZ. Saya sangat suka buku cerita yang puan hasilkan, terutama watak Sarah. Setakat ini saya sudah ada semua karya puan.Semoga terus menghasilkan buku cerita.