Ada yang bertanya, bagaimana mahu menghilangkan rasa bersalah kerana mengabaikan anak-anak sehingga mereka membesar tanpa pernah melalui saat bercerita sebelum tidur sama sekali.
Kita menoleh kisah silam yang suram hanya sebagai sempadan hidup. Selebihnya kita melihat masa kini dan masa hadapan. Usah terpedaya dengan bisikan rasa bersalah lalu terus meratap, termenung di sana sini dan bermurung, meratap sepanjang waktu. Kerana itu ialah gangguan yang merosakkan diri.
Sedangkan sedar dari kesilapan itu tanda kasih sayang Allah. Berterima kasih kepada Allah kerana Dia masih memandang kita sebagai hamba-Nya. Berbaik sangka dengan Allah dan mohon ampun kepada-Nya. Bangun di sepertiga malam dan curahkan rasa hina diri kepada-Nya. Jangan sekali-kali bersikap sebaliknya. Jangan.
Pandang anak dengan pandangan jernih. Cari ruang dan peluang dan berkongsi cerita-cerita yang sesuai dengan usia anak ketika ini. Memadai luangkan lima atau sepuluh minit sambil duduk-duduk di ruang tamu atau semasa makan bersama. Kongsikan kisah lucu bagi merapatkan hubungan. Kreatifkan diri anda dan lakukan yang terbaik. Di masa yang sama, terus memohon pertolongan Allah. Insya Allah, Dia akan tunjukkan jalan.
Aku menurut dugaan hamba-Ku kepada diri-Ku. Aku bersamanya ketika dia berzikir mengingati-Ku.......Apabila dia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia berjalan kepada-Ku, Aku berlari kepada-Nya!
(Direkodkan oleh Tirmizi, An Nasai dan Ahmad)
p/s: Saya ambil sebahagian daripadanya sahaja.
Sumber gambar dari internet. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment