Walau pun saya tidak berhasrat berkongsi kenangan lebih
panjang, namun sesekali saya akan selitkan slot ini sebagai renungan kita
bersama. Sekadar mengimbas bagaimana orang-orang dahulu membina hubungan dengan
anak-anak. Walau pun zaman sudah berubah namun perjalanan kita tetap sama.
Jika dibandingkan peluang mengaut ilmu di zaman informasi di
hujung jari kini, kita lebih berpeluang tetapi kebanyakkan kita diuji pula
dengan kekangan masa. Begitulah zaman beredar dengan cabaran yang
berbagai-bagai. Pun begitu sumber kekuatan utama kita tetap satu iaitu
sama-sama kita kembali kepada Al Qur'an dan Al Hadis. Dua sumber ini menjadi
rujukan sepanjang zaman. Berbekalkan ini, kita terus melangkah dan meniti
hari-hari bersama tanggongjawab yang diamanahkan.
Di samping itu kita juga dibekalkan dengan banyak
kisah teladan sepanjang zaman. Banyak kisah yang disampaikan oleh Jibril
as kepada Nabi Muhammad SAW. Banyak juga kisah yang berlaku di kalangan
sahabat, tabiin dan seterusnya yang direkodkan untuk generasi akan datang.
Semua itu merupakan sumber-sumber kekuatan dan rujukan sepanjang zaman. Selain
itu ialah pengukuhan.
Inilah yang ingin kita perpanjangkan kepada anak-anak,
pewaris kepada perjuangan seterusnya. Tidak dinafikan di masa yang sama kita
juga perlu terus menyibukkan diri dengan amal baik sehingga waktunya kita
dipanggil pulang ke negeri abadi.
Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka
hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan
sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya. Surah Al Kahfi: 110
No comments:
Post a Comment