Tuesday, September 29, 2015

Jom Tulis Bersama Ezee Rahmani

Baru selesai sesi Bimbingan Tulis Cerpen bagi projek bersama Risalah Harmoni dan Hidayah Centre. Ia adalah koleksi cerpen yang berkisar pengalaman mereka dalam mendekatkan diri dan kembali kepada agama Allah.

Kisah-kisah yang sungguh menarik dan pastinya menjadi satu motivasi serta lonjakan momentum bagi kita terus memanfaatkan diri demi ummah.

Adab Hidup Pada Memberi.

Monday, September 28, 2015

Tidaklah Allah menurunkan 

suatu penyakit melainkan

Allah juga 

menurunkan penawarnya. 

(HR Bukhari)


Kami doakan kesembuhan buat rakan dan taulan yang diuji dengan berbagai jenis penyakit. Bersabar dan dirikan solat dalam apa situasi. Terus beristighfar dan bersangka baik kepada Allah SWT. Insya Allah.

Tuesday, September 22, 2015

Manuskrip Gaza 2

Ada tugasan boleh ditangguh, Ada tugasan perlu disegerakan.

Bagi tugasan Gaza 2 Fasa 8, ia amat kritikal. Harus disegerakan secepat mungkin. Ia kerja yang tidak boleh ditangguh sama sekali.

Beritahu Dunia mengapa Palestin terus berjuang sejak dahulu hingga kini. Ia perlu disebar. Seluruh ummat perlu sedar dan insaf bahawa bumi barokah itu milik kita. Sebahagian dari diri kita.

Ayuh segera hantarkan senjata paling ampuh untuk mereka yang bertarung nyawa di sana!

Jom Tulis Bersama Ezee Rahmani.

Adab Hidup Pada Memberi.

Wednesday, September 16, 2015

Buku Latihan Tadika

Projek seterusnya, ialah menyiapkan buku latihan tadika/prasekolah.

Projek yang dekat di hati. Saya terlibat dalam dunia prasekolah sejak 1989. Sejak itu cinta saya kepada dunia kanak-kanak semakin membara. Melihat dan memerhati mereka, memahami dan mengerti bahasa mereka. Semua itu hanya mampu dicapai apabila kita masuk ke dalam dunia mereka. Dunia yang suci.

Dari hari ke hari saya melihat keperluan mereka dan pada tahun 1996 saya mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan buku tadika/prasekolah dengan memanfaatkan setiap pengalaman sepanjang bersama-sama mereka.

Kini, peluang itu datang lagi. Terima kasih kepada WMZ Media Sdn Bhd.



Thursday, September 10, 2015

Labbaik Allah

Saat perginya bersama timbunan dosa. Namun pulangnya bersama limpahan ampun dan rahmat. Bahagia apa lagi yang lebih besar berbanding ini?

Doa kami, kalian peroleh haji yang mabrur.