Menterjemah istilah persahabatan, kekeluargaan dan erti kasih sayang sebagaimana yang Allah SWT kehendaki dalam sebuah kehidupan menerusi sebuah cerita.
Monday, February 27, 2017
Abah - Minyak panas berangin
Saya masih ingat. Pertama kali diserang athma ketika saya berumur lebih kurang lima tahun. Ya. Masih kecil. Sesak nafas membuat saya tercungap-cungap bersama esakan dan tangis.
Abah meletakkan saya ke pangkuannya lalu mengusap belakang saya dengan minyak panas berangin. Saya tidak suka baunya! Pujuk Abah, "Ia bagus bagi melegakan kembali pernafasan"
Che' pula sibuk menuangkan air suam-suam kuku untuk saya menghirupnya perlahan-lahan. Ia juga bagi melegakan pernafasan. Selepas beberapa minit, saya kembali pulih. Toleh kiri dan kanan lalu ketawa terkekek-kekek.
"Alhamdulillah."
Abah dan Che' tersengih sambil geleng kepala. Saya melompat dari ribaan Abah lalu berlari keluar rumah menyertai kawan-kawan sejiranan bermain. Setiap detik masa tidak pernah dilepaskan begitu sahaja. Waktu bermain, bersungguh-sungguhlah bermainnya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment