Friday, January 27, 2017

KAWAN



Siapa masih ada novel ini dalam koleksi?

Melihat-lihat kembali buku pertama saya yang diterbitkan, tergelak sendiri. Pun begitu, ia berjaya mendapat liputan akhbar. Proses menghasilkan manuskrip pertama, satu pengalaman indah dalam memulakan diri sebagai seorang penulis kreatif. Menulis penuh yakin dan berasa itulah yang terbaik ketika itu. Seterusnya, kita belajar daripada pengalaman dan berusaha menghasilkan karya yang lebih bermutu dan diburu.





1 comment:

L said...

Assalamualaikum Puan. Saya belum lagi membaca buku KAWAN. Tetapi buku Puan yang berjudul Abang, Adik dan Kasut dan Ketua Bilik LA101 adalah antara koleksi buku saya. Abang, Adik dan Kasut adalah buku pertama yang saya miliki kerana memenangi pertandingan pidato. Buku Ketua Bilik LA101 ada sentimen yang tersendiri kerana buku ini mengingatkan saya kepada masa saya bersekolah di asrama dahulu. Syabas kerana berjaya mempotretkan kisah kanak-kanak dengan baik. Semoga terus berkarya. :)