Menterjemah istilah persahabatan, kekeluargaan dan erti kasih sayang sebagaimana yang Allah SWT kehendaki dalam sebuah kehidupan menerusi sebuah cerita.
Wednesday, November 04, 2015
Belajar subjek agama. Seronokkah?
Membina keseronokan dalam subjek agama. Akidah, Ibadah, Seerah dan Akhlak. Bermula dari tadika, keseronokan ini perlu dibangun dan dicipta. Ia bukan sekadar menghabiskan waktu mengajar selama 30 minit dengan bercerita, menyanyi, melakar, menyambung dot-dot dan mewarna. Tidak!
Ini ialah saat mereka mendengar setiap yang diceritakan dan visualkan di hadapan mereka. Bawa mereka bersama-sama masuk ke dalam cerita tersebut. Membangun kesedaran, kefahaman dan penghayatan dalam setiap apa yang diajar. Mungkin mereka tidak faham secara mendalam. Pun begitu, walau secara asas diajarkan, kita akan dapat melihat kesan dan impak kepada diri anak-anak didik. Insya Allah.
Contoh, ketika mengajar bab wuduk. Bermula dari niat berwuduk sehingga selesai kita ajar praktikalnya. Kita bawa mereka ke paip sehingga mereka benar-benar tahu bahawa setiap titis air yang mengalir di bahagian anggota wuduk itu akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak. Atau bab akhlak. Menunjukkan dengan lakonan. Ajak mereka sama-sama berlakon contoh akhlak mulia dan kesannya di kemudian hari kelak sehingga mereka tidak ragu-ragu melepaskan tabiat tidak baik yang diamal selama ini dan mengamalkan akhlak mulia, akhlak para Nabi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment