Thursday, August 13, 2015

Dunia Kanak-kanak: Jom Baca!

Sejak dalam kandungan lagi, budaya membaca dikongsi bersama bayi. Membaca al Quran dan al Hadis, membaca kisah-kisah teladan dan berbagai-bagai bahan bacaan yang bermanfaat.

Dunia kanak-kanak tidak lengkap tanpa buku. Sekiranya kanak-kanak memerlukan pemakanan yang sihat, begitu juga dengan minda. Membaca pula adalah santapan minda.

Pamerkan koleksi buku sehingga ia mudah dicapai oleh kanak-kanak tatkala mereka berkehendak. Biarkan mereka membelek dan mereka-reka sendiri cerita berdasarkan gambar yang dilihatnya. Ada ketikanya, kita membaca bersama-sama mereka.

Kita baca dan ulang-ulang bacaan. Kesannya, sekejap sahaja mereka dapat menghafalnya. Manfaatkan kelebihan dan kecergasan kanak-kanak di awal usia ini dengan memperdengarkan ayat-ayat Allah.



No comments: