Monday, May 18, 2015

Mendidik Malu

Bagaimana 'mendidik malu' dalam diri anak-anak yang semakin meningkat remaja atau dewasa?
Mulakan dari dalam rumah.

1. Latih anak-anak menguruskan sendiri pakaian dalam mereka. Ajar mereka melipat dan mengemasnya. Apabila mereka meningkat remaja, latih mereka membasuhnya sendiri, menyidainya sendiri, melipatnya sendiri dan mengemas ke dalam almari sendiri. Beri kesedaran bahawa pakaian dalam ini sesuatu yang tidak wajar diperlihatkan. Pakaian dalam melindungi bahagian sulit. Jelaskan kepada mereka, mengapa mereka perlu uruskan sendiri semua itu selagi terdaya.

Latihan ini memberi kesan kepada mereka apabila berusia remaja dan meningkat dewasa. Ibu bapa dapat melihat 'didikan malu' yang dipupuk dan dilatih sejak kecil. Mereka lebih pemalu dan berhati-hati namun tetap berani dan berkeyakinan tinggi. Terutamanya apabila berkumpul dengan saudara-mara sebaya mereka.

2. Cara duduk di hadapan orang berbeza dengan cara duduk ketika bersendirian. Samada dengan ahli keluarga sendiri apatah lagi dengan orang lain.

Contohnya, duduk di atas kerusi dengan kedua-dua kaki dinaikkan sehingga lutut separas dengan muka sambil bermain 'game' atau berbual-bual adalah tidak sopan apabila ianya di hadapan orang yang lebih tua, bagi anak-anak mencecah usia baligh.

Mendidik malu dan beradab.


No comments: