Tuesday, July 14, 2009

Cendawan yang lemak dan manis



Saya sedang kemaskan lagi manuskrip novel Cendawan. Salah sebuah buku dalam siri Usahawan Cilik. SEbelum memulakan penulisan, beberapa kali saya berulang-alik ke tapak projek cendawan yang terletak di Dengkil bagi mengumpul sebanyak mungkin maklumat berkaitan. Bagi memahamkan lagi,saya membeli 50 beg cendawan. Saya mahu melihat, menguruskan sendiri daripada proses awal hingga ke proses akhir. Setiap peringkat dalam cendawan ini mengkagumkan. Apabila melihat kelopak-kelopak kecil mula berputik dan dalam masa sehari sahaja ia berkembang dan berkembang dan terus berkembang dan di hari keempat, saya boleh memetiknya! Sungguh menarik dan mengkagumkan ciptaan Tuhan ini. Subhanallah.

p/s Gambar menunjukkan cendawan masih mengeluarkan hasil walau pun tidak sebagus pusingan awal. Ini ialah pusingan ketujuh tetapi masih manis, lemak dan wangi. Masak apa pun sedap. Sup cendawan, masak lemak cendawan, cendawan goreng?

2 comments:

ABDUL LATIP said...

Ez,
Bagus projek buku usahawan ini. Semoga berjaya. Saya suka cendawan ini dibuat gulai masak lemak cili api.

iklansebentarbersamabuku said...

Assalamualaikum makcik ez,

idea untuk menulis siri usahawan cilik ini memang kreatif! Tidak sabar mahu menunggu kemunculan novel-novel makcik ez yang terbaru! =)

Salam,
Aim