Friday, June 15, 2007

Rindu Ayah



Bersimpuh aku di pusara ayah
kemboja-kemboja putih kutaburi
al Fatihah kukirim
bersama siraman air mawar.

Sunyinya hidup tanpa ayah
penunjuk jalan pengingat alpaku
bimbingan ayah tidak mungkin
kulupa walau jasad bercerai roh.

Ayah...
tiba-tiba sahaja aku merinduimu
ingin sekali kucium tanganmu
yang begitu banyak berkorban
untukku.

Ayah....
Terimakah titipanku?
yang kukirim saban waktu
istimewa dan khusus untuk
ayah seorang.

Ayah...
berbahagialah di sana
bersama teman-teman
yang pastinya baik-baik
seperti ayah.

Ayah....
selayaknya ayah bersama-sama mereka
yang menjadi kesayangan Allah
yang menjadi kekasih Allah.

Tuhan...
limpahlah rahmat
bersama barakahMu
kepada dia
ayah yang kukasih.

Tuhan...
layakkah aku
bersama ayah dan teman-temannya
di tempat bahagia yang
dilimpahi rahmat dan barakah
sepanjang masa itu?

12 comments:

Latiptalib said...

Selain menulis novel, EZ juga pandai menulis puisi. Cuba EZ tulis novel kisah cinta islami tentu best. hehe

Yang bernama Siti said...

Salam Ez,

Sejak dua minggu ini saya juga rindukan ayah saya yang sudah tiada.

NURAZZAH8 said...

ez, ayah memainkan peranan penting sbg ketua keluarga. Ayah saya masih ada sudah menjangkau umur 82 tahun... masih sihat utk mengerjakan ibadah, cuma biasalah org tua, sakit lutut...so tak larat nak jalan jauh2..

Latiptalib said...

Ayah saya sudah meninggal dunia 3 tahun yang lalu. Cuma dapat sedekahkan bacaan al fatihah sahaja. Semoga tenteram di alam saja. amin.

Anonymous said...

Ayah, walau tiada di hadapan mata namun jauh di sanubari adalah sumber ilhamku.

SolitudeInMind said...

Salam Pn. Ez,

Saya bertemu Puan di Bengkel Jibunsyi anjuran Pn. Ainon. Saya tercari-cari contoh Teknik Surah Yusuf atau mungkin Teknik KJ Methot di blogger Puan. Tetapi tak jumpa atau mungkin juga saya terlepas pandang. Di mana ye boleh saya dapatkan contoh teknik-teknik tersebut?


InMind
Kuala Lumpur

ez said...

Pak Latip, terima kasih di atas sokongan. Saya baru mulakan novel tersebut.

Cik Siti dan Puan nurazzah, kasih ayah sepanjang zaman. Bukan pada hari bapa sahajakan? :)

Cik Fiqir, memang ayah dan ibu sumber ilham tercetusnya karya.

Puan Inmind, Teknik KJ Method ialah teknik card & storyline. Satu panduan bagaimana cara mudah berkarya dan cepat malah boleh menyiapkan lebih dari satu buku dalam masa yang sama. Teknik Surah Yusof pula ialah cara kita berkarya, di mana plot ceritanya berkembang dari kecil hingga dewasa dan seterusnya secara berurutan. Mengandungi banyak dialog dan beberapa panduan yang lain. Puan boleh rujuk Fakulti Sastera Islami di UNIKA.
Manakala di blog saya ialah contoh-contoh pecahan kad-kad dari teknik KJ Method manakala aliran cerita tersebut adalah berpandukan teknik Surah Yusof.

Anonymous said...

Kak EZ, sajak nie seperti apa yang saya rasakan sekarang . Ayah memang dirindui, malah hampir setiap saat tak pernah hilang dalam fikiran , dan tersa dalam denyut nadi. Itulah Ayah kasih Sepanjang hayat.

SolitudeInMind said...

Salam Pn. Ez,

Terima Kasih sebab sudi berkongsi info tentang teknik surah yusuf dan juga teknik kj method tu. Maklumat tu sedikit-sebanyak membantu saya. Terima Kasih sekali lagi.

InMind
Kuala Lumpur

MYA MARJA said...

Ayah,
tidak pernah kurasa lembut belai
tangan kasihmu mengusapi rambutku
atau suara sakti dari mulutmu
yang amat kudamba
dan kita tak pernah bersua.

Namun,
dalam sengsara rindu ini
tiada pernah kulupa
menitip kasih untukmu
seusai solat lima waktu.

Ayah,
kau kurindu.

-Mya Marja

Erwin said...

Dear ez, ayah saya meninggal 2 tahun lalu, tapi rasa sedih dan rindu kepadanya masih seperti saya baru kehilangan beliau kemarin. Kerinduan itu pun saya curahkan melalui puisi (http://e-weblog.blogspot.com/2005/05/di-kotaku-ada-pelabuhan.html).
Ayah memang sosok yg tangguh, kokoh, sekaligus lembut sapaan nya kepada kami, anak-anaknya.

Puteri Ezza said...

Salam Ez.

Lamanya tak berkunjung ke sini. Ez sihat?

Tersentuh hati membaca puisi Ez ni. Tiba-tiba rindu sangat kepada abah. Mujurlah ayah ada sebagai pengganti ;-(