Menterjemah istilah persahabatan, kekeluargaan dan erti kasih sayang sebagaimana yang Allah SWT kehendaki dalam sebuah kehidupan menerusi sebuah cerita.
Friday, December 08, 2006
Pisang
Kandungan buah pisang sangat banyak. Ia terdiri dari mineral, vitamin, karbohidrat, serat, protein, lemak, dan lain-lain lagi. Sehingga apabila hanya mengambil buah pisang saja, sudah memadai secara minima kandungan zatnya.
Pilihlah pisang yang sudah matang, yang kulitnya hijau kekuning-kuningan dengan bercak coklat atau kuning, sebab ini akan mudah dihadam.
Gula di dalam buah pisang diubah menjadi glukos secara cepat diserap ke dalam peredaran darah. Pisang yang mentah akan sukar dihadam.
Gula yang terdapat di dalam buah pisang diubah menjadi sumber tenaga yang bagus secara cepat, dan ianya sangat baik dalam pembentukan tubuh, untuk kerja otot, dan sangat bagus untuk menghilangkan rasa lelah atau kepenatan.
Pisang mampu mengembalikan energi segera ke dalam badan. Pisang bertindak sebagai sumber pemberi tenaga segera! sekiranya anda lesu tidak bermaya, makanlah pisang!
Hebat bukan?
Hidangkan pisang bersama susu cair atau dimasukkan dalam segelas susu cair adalah sangat baik untuk penyakit usus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Assalamualaikum,
Sudah berpindah ke sini rupanya. Saya baru tahu. Ini kena masukkan dalam senarai untuk dibaca ni. :-)
Harap dapat berjumpa pada Hari Khamis, Sabtu dan Ahad nanti. InsyaAllah.
ps: saya nak order buku kawan daripada Shikin sebentar lagi. Nanti minta autograf ya?
kak... pisang adalah kegemaran saya. Paling saya suka adalah pisang berangan yang ranum. Boleh habis sesikat sekali hadap (sorang diri). Jangan tak caya...
Siti, seronok berjumpa sabtu dan ahad. semoga persahabatan kita semakin erat terjalin :)
Ainin, berpada-padalah makan apa sekali pun. Makan sampai sesikat sorang-sorang ni tak ingat orang sebelah ke? :)
kak ez, maklumat hebat ni. baik untuk kesihatan suami saya. hehhehe
~zalisa maz~
Post a Comment